WARTAWAN SINAR HARIAN
29 November 2013
Simpati nasib Othman
Zuhairi (tiga kanan) bersama rombongan Skuad Prihatin Yakeb termasuk Datuk
Malik Nor (kiri, dua belakang) menziarahi Othman (duduk, empat kiri).
NAMA Othman Abdullah
mungkin asing bagi generasi baharu peminat bola sepak Malaysia. Bagaimanapun,
pada era 70-an, dia amat dikenali sebagai pertahanan kental Harimau Malaya.
Pernah beraksi di Sukan
Olimpik Munich 1972, Othman kini menghidap penyakit kencing manis dan sukar
bergerak.Namun, penderitaan Othman mendapat perhatian Yayasan Kebajikan Atlet
Kebangsaan (Yakeb) yang melawat bekas pemain itu di Johor, kelmarin.Pengurus
Besar Yakeb, Zuhairi Abd Manaf yang mengetuai rombongan tersebut berkata,
pihaknya akan memasukkan nama Othman bagi membolehkannya menerima rawatan di
hospital panel persatuan itu.
"Kita amat bersimpati
dengan keadaan Othman. Sebelum ini dia hanya pergi ke klinik biasa, tetap
selepas ini kami menyarankan kepadanya supaya mendapatkan rawatan menyeluruh di
hospital panel Yakeb."Kita akan tanggung kos perubatannya namun ada had,
iaitu RM10,000 setahun sebagai pesakit luar dan jika di tahan dalam wad, Yakeb
sedia menanggung kos RM40,000," katanya.Selepas lawatan itu, rombongan
Skuad Prihatin Yakeb meneruskan lawatan ke rumah bekas atlet basikal, Kamarden
Ali.Kamarden, 64, pernah mewakili negara pada Sukan Sea 1971 di Singapura dan
1973 di Kuala Lumpur.Yakeb mengakhiri lawatan dengan melawat keluarga bekas
pesilat negara, Allahyarham Nordin Atan yang meninggal dunia kerana leukemia
pada 2011.
RUJUKAN : SINAR HARIAN
ONLINE 29.11.13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan