Jumaat, 29 November 2013

Mahali tidak lupa jasa Raja

WARTAWAN SINAR HARIAN
26 November 2013
 Mahali Jasuli
Mahali Jasuli Mahali ucap terima kasih kepada Raja yang membimbingnya hingga berada pada tahap sekarang.
BEK kental Harimau Malaya, Mahali Jasuli tidak akan melupakan pengorbanan dan jasa yang ditabur oleh ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal sepanjang membimbing skuad negara itu.

Menurut Mahali, terlalu banyak jasa yang dilakukan oleh jurulatih berusia 57 tahun itu sehingga membolehkan beliau berjaya memiliki prestasi seperti sekarang."Tanpa bimbingan, disiplin dan tunjuk ajar dari Rajagobal tak mungkin saya akan berada di tahap ini."Beliau yang membawa saya bermain bersama pasukan kebangsaan sejak 18 tahun. Terima kasih tak terhingga atas jasa dan pengorbanan jurulatih bersama kami di Harimau Malaya," katanya.

Isnin lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sah tidak melanjutkan khidmat Rajagobal sebagai ketua jurulatih pasukan negara selepas tempoh kontraknya berakhir pada 31 Disember ini.

Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai jurulatih sementara negara sehingga FAM menemui penyandang tetap yang berkemungkinan besar warga asing dalam tempoh menjelang perlawanan Kumpulan D Piala Asia 2015 dengan Yemen, 5 Mac depan.


RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE 29.11.13

Tiada ulasan:

Catat Ulasan