WARTAWAN SINAR HARIAN
27 November 2013
Hijrah demi Kelantan:
Kecik Kecik yakin TRW mampu terus bersaing.
PEMAIN baru The Red
Warriors, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria mengaku menerima beberapa tawaran dari
pasukan lain namun semangat memastikan negeri kelahiran terus cemerlang dalam
saingan bola sepak mengatasi segala-galanya.
Jelasnya, menyertai
Kelantan adalah pilihan sendiri selain ia merupakan sasaran utama selepas
keluar dari Harimau Muda A.
"Saya akui terima
tawaran dari pasukan luar namun keazaman untuk memastikan pasukan kelahiran
terus cemerlang dan digeruni mengatasi segala-galanya.
"Apabila keluar dari
Harimau Muda A, sasaran utama adalah beraksi untuk TRW dan alhamdulillah segala
berjalan dengan lancar," katanya.
Pemain yang mesra disapa
dengan gelaran Kecik berkata, sasaran utamanya selaku pemain Kelantan musim
depan ialah ingin menarik perhatian peminat dan melakukan yang terbaik buat
pasukan.
"Ini musim pertama
saya beraksi untuk pasukan negeri, walaupun ada khabar angin TRW akan merudum
musim depan itu semua tidak mungkin berlaku.
"Kami akan buktikan
bahawa TRW tetap berbisa dan perlu disegani pasukan lain," katanya.
Mengulas ketiadaan Indra
Putra Mahayuddin yang berpindah ke Felda United dan Norfarhan Mohamad
(Terengganu), Kecik melihat kekosongan posisi ditinggal mereka, sedia
digalasnya seandainya diberikan kepercayaan jurulatih dan pengurusan.
"Membuat perbandingan
saya dengan mereka sememangnya jauh berbeza, cuma saya akan cuba mempamerkan
aksi terbaik untuk setaraf," katanya yang telah tiga tahun menimba
pengalaman dalam Harimau Muda A di bawah bimbingan jurulatih Datuk Ong Kim Swee.
RUJUKAN : SINAR HARIAN
ONLINE 27.11.13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan