NORSHIKIN MOHD SALLEH
27 November 2013
Barisan pemain JDT II
hampir lengkap Shahril Ishak (kiri) antara muka baharu diserap ke dalam pasukan
JDT II.
BEBERAPA minggu sebelum
Liga Premier musim depan berbaki tujuh minggu lagi, pasukan Johor Darul Ta’zim
II (JDT II) mempersiapkan barisan pemainnya, lapor NORSHIKIN MOHD SALLEH.Menerusi
Facebook rasmi Harimau Selatan, Johor Southern Tigers, mengesahkan 26 pemain
beraksi musim depan selain satu kekosongan bagi pemain import.
Nama tersenarai ialah
penyertaan tiga pemain bintang, Zaquan
Adha Abdul Radzak, Shahril Ishak dan
pemain dari Sepanyol, Braulio Nóbrega Rodríguez yang menjadi tunjang utama
pasukan.
Barisan pemain lain, ialah
K Sasi Kumar, Mohd Afiq Mohd Amin, Mohd Fazly Mazlan, Mohd Aznie Taib, Mohd
Hazsyafiq Hamzah, See Kok Luen, Muhd Nursalam Zainal Abidin, Muhamad Akmal
Ishak, Rozaiman Roslan, Rizal Ismail, Fandi Ahmad, Mohd Hairul Nizam Hanif,
Hardy Charles Parsi, Shahrudin Yakup, Mohd Alif Mohd Yusof, Mohd Syafuan
Riduwan, Zulfadhli Mohamad, Judtanna A/L Eh Put, Khairul Azahar Eidros, Mohd
Yusof Zainal Abidin, Mohamad Rafie Md Rahim, Che Rashid Che Halim dan Mohd
Syafizullah Abd Wahab.
Pengurus pasukan, Onn
Jabar berkata, memang impian pasukan
Liga Perdana untuk melayakkan diri ke Liga Super namun misi utama JDT II ialah
membentuk pasukan pelapis.
“Yang berjaya merekodkan
kecemerlangan khususnya 10 pemain dari Johor yang terpilih pada sesi pemilihan
baru-baru ini, berpotensi diserap dalam JDT, kerana kita ada platform,” katanya
kepada Sinar Harian.
RUJUKAN : SINAR HARIAN
ONLINE 27.11.13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan