Jumaat, 29 November 2013

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013
100 PLUS-Astro Arena-FAM Football Award
Tarikh Anugerah: 30 November 2013
Venue: Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam

Panel pemilih terdiri dari jurulatih, wartawan sukan dan pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memilih senarai pendek calun.

Para jurulatih dan pengurus pasukan Liga Super dan Liga Premier akan mengundi calun pilihan mereka.

Senarai Anugerah
1. Penjaga Gol Terbaik/Best Goalkeeper
2. Pertahanan Terbaik/Best Defender
3. Pemain Tengah Terbaik/Best Midfielder
4. Penyerang Terbaik/Best Striker
5. Pemain Asing Terbaik/Best Foreign Player
6. Jurulatih Terbaik/Best Coach
7. Pemain Harapan/Most Promising Player
8. Anugerah Pemain Paling Bernilai/Most Valuable Player (MVP)
9. Persatuan Bolasepak Terbail/Best Football Assocation
10. Kelab Terbaik/Best Club
11. Kelab Peminat Terbaik/Best Fan Club
12. Pengadil Terbaik/Best Referee
13. Penolong Pengadil Terbaik/Best Assistant Referee

Senarai calun
Penjaga Gol Terbaik
1. Izwan Mahbub - Lions XII FC
2. Norazlan Ismail - Selangor
3. Khairul Fahmi Che Mat - Kelantan
4. Mohd Khairul Azhan Khalid - Pahang
5. Mohd Faizal Harun - ATM
6. Mohd Farizal Marlias - Perak

Pertahanan Terbaik
1. Baihakki Khaizan - Lions XII FC
2. Mahalli Jasuli - Selangor
3. Azizi Mat Rose - Kelantan
4. Razman Roslan - Pahang
5. Jalaluddin Jaafar - Pahang
6. Amiridzwan Taj Tajudin - ATM

Pemain Tengah Terbaik
1. Nurul Azwan Roya - Johor Darul Takzim FC
2. Mohd Badhri Radzi - Kelantan
3. R.Gopinathan - Pahang
4. Amirul Hadi Zainal - Pahang
5. Christie Jayaseelan - ATM
6. Joseph Kallang Tie - Sarawak

Penyerang Terbaik
1. Shahril Ishak - Lions XII FC
2. Mohd Amri Yahyah - Selangor
3. Norshahrul Idlan Talaha - Johor Darul Takzim FC
4. Mohd Norfarhan Mohd - Kelantan
5. Mohd Azamuddin Akil - Pahang
6. Hairuddin Omar - ATM

Pemain Harapan Terbaik
1. Nik Shahrul Abdul Halim - Kelantan
2. S.Sivanesan - Negeri Sembilan
3. Junior Edstal - Sarawak
4. Mohd Nasir Basharudin - Perak
6. Nazmi Faiz Mansor - Selangor PKNS FC
6. K.Reuben - ATM

Ketua Juruatih Terbaik
1. V.Sundramoorthy - Lions XII FC
2. Bojan Hodak - Kelantan
3. Dollah Salleh - Pahang
4. B.Sathianathan - ATM
5. Robert Alberts - Sarawak
6. Ismail Zakaria - KL Sime Darby FC

Pemain Asing Terbaik
1. Obinna Nwaneri - Kelantan
2. Dickson Nwakaene - Kelantan
3. Mathia Ruben Conti - Pahang
4. Marlon Alex James - ATM
5. Patrick Ronaldinho Wleh - Selangor PKNS FC
6. Karlo Primorac - KL Sime Darby FC

Piala FA: Pahang berdepan laluan sukar

29 November 2013
SHAH ALAM - Juara Piala Malaysia, Pahang menempuh laluan berliku pada pusingan pertama kejohanan Piala FA 2014 selepas diundi untuk berdepan dengan juara dua kali iaitu Perak.

Perak merupakan juara pada 1990 dan 2004. Pada majlis undian yang turut dihadiri Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin itu menyaksikan finalis Piala FA 2012, Sime Darby FC turut berdepan ujian getir selepas dijadual bertemu juara Piala Sumbangsih musim ini Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dua finalis musim ini iaitu Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagaimanapun mendapat 'bye' pada pusingan pertama selepas masing-masing muncul juara dan naib juara.

Kelantan akan menentang pemenang antara Pahang Kuantan FA atau Sabah pada pusingan kedua manakala JDT bakal bertemu pemenang perlawanan antara T-Team dan UiTM FC.

Pusingan pertama Piala FA akan berlangsung pada 21 Jan depan sebelum pusingan berikutnya pada 4 Feb.

Sementara itu ketua jurulatih Kelantan yang baharu Steve Darby memberi amaran kepada pemainnya agar tidak memandang mudah terhadap sebaran pasukan yang bakal mereka hadapi di pusingan kedua.

"Saya tidak tahu banyak mengenai Pahang Kuantan FA tetapi Sabah merupakan pasukan yang baik perancangannya. Ramai yang fikir pasukan kami akan menentang Sabah (di pusingan kedua) tetapi tidak kisahlah kerana apa saja boleh berlaku," katanya.

Beliau turut tidak menetapkan sasaran buat pasukannya walaupun Kelantan berjaya mempertahankan Piala FA sejak 2012.

"Ia bagus sekiranya kami menang Piala FA kerana ia memberi kami peluang bermain di Piala AFC," katanya.

FAM masih mengekalkan format yang sama untuk saingan Piala FA musim depan iaitu saingan kalah mati untuk pusingan pertama dan kedua sebelum diikuti dengan saingan timbal balik untuk peringkat suku akhir dan separuh akhir.   

Badan induk bola sepak kebangsaan itu bagaimanapun masih belum menentukan venue untuk final Piala FA 2014 yang dijangka berlangsung pada 7 Jun.

Undian pusingan pertama.
  
T-Team vs UiTM FC
Kuala Lumpur vs Kedah
Melaka vs Perlis
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP FC) vs Sabah Cebagoo FC
Polis Diraja Malaysia vs SPA Putrajaya FC
Lions XII vs DRB Hicom FC
Perak vs Pahang
Pahang Kuantan FA vs Sabah
Selangor PKNS FC vs Johor
Terengganu vs Pahang Kuantan Port
Sime Darby FC vs ATM
Negeri Sembilan vs Felda United FC
Harimau Muda C vs Selangor
Sarawak vs Pulau Pinang

- Bernama
RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE 29.11.13


Hijrah demi Kelantan: Kecik

WARTAWAN SINAR HARIAN
27 November 2013
 Hijrah demi Kelantan: Kecik
Hijrah demi Kelantan: Kecik Kecik yakin TRW mampu terus bersaing.
PEMAIN baru The Red Warriors, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria mengaku menerima beberapa tawaran dari pasukan lain namun semangat memastikan negeri kelahiran terus cemerlang dalam saingan bola sepak mengatasi segala-galanya.

Jelasnya, menyertai Kelantan adalah pilihan sendiri selain ia merupakan sasaran utama selepas keluar dari Harimau Muda A.

"Saya akui terima tawaran dari pasukan luar namun keazaman untuk memastikan pasukan kelahiran terus cemerlang dan digeruni mengatasi segala-galanya.

"Apabila keluar dari Harimau Muda A, sasaran utama adalah beraksi untuk TRW dan alhamdulillah segala berjalan dengan lancar," katanya.

Pemain yang mesra disapa dengan gelaran Kecik berkata, sasaran utamanya selaku pemain Kelantan musim depan ialah ingin menarik perhatian peminat dan melakukan yang terbaik buat pasukan.

"Ini musim pertama saya beraksi untuk pasukan negeri, walaupun ada khabar angin TRW akan merudum musim depan itu semua tidak mungkin berlaku.

"Kami akan buktikan bahawa TRW tetap berbisa dan perlu disegani pasukan lain," katanya.

Mengulas ketiadaan Indra Putra Mahayuddin yang berpindah ke Felda United dan Norfarhan Mohamad (Terengganu), Kecik melihat kekosongan posisi ditinggal mereka, sedia digalasnya seandainya diberikan kepercayaan jurulatih dan pengurusan.

"Membuat perbandingan saya dengan mereka sememangnya jauh berbeza, cuma saya akan cuba mempamerkan aksi terbaik untuk setaraf," katanya yang telah tiga tahun menimba pengalaman dalam Harimau Muda A di bawah bimbingan jurulatih Datuk Ong Kim Swee.
RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE 27.11.13


Barisan pemain JDT II hampir lengkap

NORSHIKIN MOHD SALLEH
27 November 2013
 Barisan pemain JDT II hampir lengkap
Barisan pemain JDT II hampir lengkap Shahril Ishak (kiri) antara muka baharu diserap ke dalam pasukan JDT II.
BEBERAPA minggu sebelum Liga Premier musim depan berbaki tujuh minggu lagi, pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) mempersiapkan barisan pemainnya, lapor NORSHIKIN MOHD SALLEH.Menerusi Facebook rasmi Harimau Selatan, Johor Southern Tigers, mengesahkan 26 pemain beraksi musim depan selain satu kekosongan bagi pemain import.

Nama tersenarai ialah penyertaan tiga pemain bintang,  Zaquan Adha Abdul Radzak, Shahril Ishak  dan pemain dari Sepanyol, Braulio Nóbrega Rodríguez yang menjadi tunjang utama pasukan.

Barisan pemain lain, ialah K Sasi Kumar, Mohd Afiq Mohd Amin, Mohd Fazly Mazlan, Mohd Aznie Taib, Mohd Hazsyafiq Hamzah, See Kok Luen, Muhd Nursalam Zainal Abidin, Muhamad Akmal Ishak, Rozaiman Roslan, Rizal Ismail, Fandi Ahmad, Mohd Hairul Nizam Hanif, Hardy Charles Parsi, Shahrudin Yakup, Mohd Alif Mohd Yusof, Mohd Syafuan Riduwan, Zulfadhli Mohamad, Judtanna A/L Eh Put, Khairul Azahar Eidros, Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohamad Rafie Md Rahim, Che Rashid Che Halim dan Mohd Syafizullah Abd Wahab.

Pengurus pasukan, Onn Jabar berkata, memang impian  pasukan Liga Perdana untuk melayakkan diri ke Liga Super namun misi utama JDT II ialah membentuk pasukan pelapis.

“Yang berjaya merekodkan kecemerlangan khususnya 10 pemain dari Johor yang terpilih pada sesi pemilihan baru-baru ini, berpotensi diserap dalam JDT, kerana kita ada platform,” katanya kepada Sinar Harian.
RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE 27.11.13


Tiga serangkai bakal menyengat

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
28 November 2013
 Tiga serangkai bakal menyengat
Tiga serangkai bakal menyengat Annuar (duduk, dua kiri) bersama sebahagian pemain baharu yang bakal membawa cabaran TRW musim depan. - Foto Sinar Harian Zulfadhli Zaki

GANDINGAN tiga pemain import, Mohamed Ghaddar, Mohamed Shawky dan Francis Forkey Doe bukan saja bakal menguatkan pasukan The Red Warriors (TRW) musim depan, malah mampu membantu pasukan itu mengekalkan reputasi sebagai pasukan bola sepak terbaik negara.
Bekas jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mengibaratkan kehadiran tiga pemain import itu sebagai bonus kepada TRW.  Karathu berkata, dengan gandingan tiga pemain itu juga tidak mustahil Gergasi Pantai Timur itu mampu bangkit sebagai sebuah pasukan yang kuat dan mantap.

"Sebenarnya saya masih belum lihat senarai penuh pemain Kelantan musim depan, tapi kalau dari segi penyerang saya lihat satu gandingan yang bagus. Malah gandingan dua pemain Arab dengan Liberia, saya yakin satu bahagian yang akan menyengat.

"Begitu pun, harus diingat dalam pasukan kita tidak boleh bergantung kepada bahagian serangan semata-mata, bahagian pertahanan dan tengah juga perlu untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

"Tapi saya yakin pemain muka baharu mampu mengisi kekosongan posisi yang ditinggalkan tonggak utama yang berhijrah malah gandingan pemain muda dan berpengalaman pasti menambah sengat pasukan musim depan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, skuad bola sepak Kelantan mengumumkan secara rasmi senarai pemain yang akan menyarung jersi pasukan itu bagi membawa cabaran pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala AFC 2014.

Mendahului senarai pemain baharu TRW 2014 adalah tiga tonggak import terdiri daripada pemenang Kasut Emas Liga Super 2012, Forkey Doe, penyerang Lubnan yang membantu Kelantan menjulang treble pada 2012, Mohamed Ghaddar dengan meledak 21 gol dan bekas pemain kebangsaan Mesir, Mohamed Shawky yang berjaya memenangi tempat ketiga Kejohanan Kelab Dunia 2006.

Juara Piala FA 2013 itu juga membawa pemain kelahiran Australia, Brendan Gan yang mempunyai bapa warga Malaysia tetapi akan cuba didaftarkan sebagai pemain tempatan.

Sayap Harimau Muda A, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan pemain tengah Malaysia, Amar Rohidan turut menyarung jersi TRW.

"Buat masa ini masih terlalu awal untuk saya menilai barisan pemain baharu yang diperkenalkan oleh Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa. Ini keran saya perlu lihat terlebih dahulu aksi mereka dan paling kurang dalam dua atau tiga perlawanan. Selepas itu baru saya boleh nilai sejauh mana barisan baru TRW musim depan.

“Apa pun, saya percaya Kafa sudah membuat penelitian terperinci sebelum mengambil pemain. Jadi saya berharap pasukan baharu yang dibentuk ini akan cepat mendapat keserasian sebelum saingan bermula,” katanya.

Menurut Karathu, Kelantan juga masih mampu meraih kejayaan dengan kekalnya Mohd Badhri Radzi atau Piya yang menjadi perancang utama.

RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE 29.11.13

Brendan sedia lepaskan kerakyatan Australia

WARTAWAN SINAR HARIAN
28 November 2013
 Brendan Gan
 Brendan Gan
BRENDAN Gan sedia melepaskan taraf kerakyatan Australia demi mewakili Kelantan bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.Buat masa ini, status Brendan kekal menjadi persoalan kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) telah melengkapkan kuota empat pemain import.Untuk saingan 2014, import The Red Warriors dibarisi Forkey Doe, Mohamed Shawky, Mohammed Ghaddar serta Obinna Nwaneri yang tampil selaku Penolong Ketua Pasukan 2.

Mempunyai bapa yang merupakan rakyat Malaysia, menjadi asas buat Kafa mendaftar Brendan sebagai pemain tempatan. Begitu pun, taraf kerakyatan Australia dimilikinya tidak memberi Brendan pengiktirafan berkenaan.Untuk rekod, menurut undang-undang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Brendan berhak memilih untuk mewakili negara kelahiran bapanya, tambahan pula dia belum pernah mewakili skuad kebangsaan Australia sebelum ini.

Ketika mewakili pasukan Sabah dua musim lalu, Brendan didaftarkan sebagai pemain import lantas dia mengambil inisiatif sendiri untuk memohon pasport bagi mendapat kerakyatan Malaysia.

"Saya belum mempunyai butiran jelas mengenainya tetapi saya masih cuba untuk jadi pemain tempatan, terpulang kepada Kafa serta FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) untuk membenarkannya.

"Saya amat gembira menyertai Kelantan dan bermain sekali lagi di Malaysia, ia pengalaman yang baik," katanya pada majlis memperkenalkan skuad TRW 2014 di ibu negara, kelmarin.

Pemain berusia 25 tahun itu juga tidak menolak kemungkinan untuk mewakili skuad senior kebangsaan andai permohonannya menjadi kenyataan.

Sementara itu, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa ketika diajukan soalan mengenai status Brendan, menjawab: "Kita telah buat permintaan rasmi kepada FAM dan badan induk itu pula nak merujuk kepada AFC, kita tiada masalah mengenainya. Pada masa sama, Brendan telah pun bersetuju untuk memohon pasport Malaysia secara rasmi".

RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE 29.11.13

Saya sudah malas layan: Nazri

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
29 November 2013
 Saya sudah malas layan: Nazri
Saya sudah malas layan: Nazri Nazri (kiri) enggan mengulas lanjut perpindahannya ke Kelantan.
BEKAS pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhamad Nazri Ahmad seolah-olah sudah malas melayan karenah Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang tidak henti-henti menuduhnya membuat pusingan U dengan menyertai Kelantan meskipun pada mulanya didakwa telah menandatangani perjanjian untuk menyertai pasukan Selangor dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Nazri ketika dihubungi berkata, sebaiknya dia mengambil pendekatan berdiam diri dari terus mengeluarkan  kenyataan kerana ia akan lebih memburukkan keadaan.

"Cukuplah dengan apa saya cakap sebelum ini. Buat masa ini saya dah malas nak komen panjang kerana orang yang boleh bercakap hanyalah Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa. Lagipun kalau saya cakap lebih...lain pula jadinya, jadi lebih baik saya diam dan menyerahkan segala urusan kepada Annuar.

"Insya-ALLAH masalah ini akan selesai dalam beberapa hari lagi memandangkan saya akan turun menjalani latihan di Kota Bharu 1 Disember nanti. Jadi bila isu ini selesai dan Annuar bagi saya lampu hijau untuk beri kenyataan saya akan cakap," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kontroversi membabitkan Nazri dengan FAS semakin parah apabila  persatuan itu bertindak membawa kes tersebut ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tindakan selanjutnya.

Biarpun mendapatkan ‘permintaan’ untuk menyelesaikannya di luar ‘mahkamah’ FAM tetapi FAS kekal pendirian untuk membawa kes pemain itu ke muka pengadilan.

Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad berkata, mereka tidak mahu dilabel sebagai persatuan mudah tunduk mengalah selepas berlaku perkara sama ketika ingin membawa pulang Safee Sali.

Mokhtar berkata, ia perbuatan tidak bermoral apabila seorang pemain sudah menandatangani kontrak tetapi membuat Pusingan Umenyertai pasukan lain.

“Saya menghormati pandangan (Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM) Datuk Takiyuddin Hassan yang memberi saranan supaya menyelesaikan kes ini dengan berhemah tetapi pemain seperti ini perlu diberi pengajaran agar tidak  memandang ringan berhubung isu kontrak.

“FAS tetap akan bawa kes ini ke FAM demi keadilan untuk pihak kami, saya menyeru FAM agar melaksanakan atau menggubal peraturan perpindahan lebih ketat bagi mengelakkan perkara ini tidak berulang pada masa akan datang.

“Kalau begini sikap pemain, mudah buat mana-mana pasukan beli pemain. Sikap inilah harus kita kikis dan saya berharap FAM dapat melakukan sesuatu untuk menghalang pemain-pemain yang telah menandatangani kontrak, berhijrah ke pasukan lain,” katanya.

Nazri mencetuskan kontroversi apabila didakwa melanggar kontrak FAS.

RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE 29.11.13

Mahali terkejut bakal saingi Mat Yo, Shahril

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
29 November 2013
 Mahali
Mahali Aksi Mahali ketika menentang Indonesia baru-baru ini menerima pujian pelbagai pihak.
SIAPA sangka kerja keras yang dilakukan oleh bekas pemain Selangor, Mahali Jasuli akhirnya membuahkan hasil apabila beliau tersenarai dalam dua pencalonan untuk anugerah bola sepak kebangsaan 2013 iaitu Pemain Pertahanan Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP).

Malahan, si empunya diri juga hairan dengan pencalonan itu kerana berasakan persembahannya musim lepas tidak memuaskan berbanding pemain lain.

Namun takdir Tuhan tak siapa yang dapat menduga. Biarpun terkejut, namun bek kental Harimau Malaya itu tetap teruja dengan pencalonan tersebut dan menganggap satu penghargaan kepadanya sepanjang bergelar pemain.

Malah katanya, tersenarai bersama nama-nama besar seperti Norshahrul Idlan Talaha (Johor Darul Ta'zim), Norfarhan Muhammad (Kelantan), Mohd Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Shahril Ishak, Baihakki Khaizan (Lions XII) dan Mohd Amri Yahyah (Selangor) dalam kategori pemain paling bernilai nyata membuatkan beliau gementar.

“Susah nak gambarkan perasaan saya ketika ini. Macam tak percaya pun ada juga tapi pada masa yang sama, saya sangat bersyukur kerana tercalon. Tapi saya juga harus bersikap realistik, mampukah saya menandingi mereka yang lebih hebat?

"Rasanya terpilih berada dalam enam terbaik ini pun dah memadai. Ia satu pencapaian yang besar buat diri saya. Mungkin, kata-kata ini kedengaran klise tapi itulah hakikatnya.

"Lagipun saya sendiri tidak puas hati dengan pencapaian musim ini dan saya yakin pemain lain yang lebih menyerlah daripada saya akan menang, yang pasti bukan saya," katanya.

Bukan saja tersenarai sebagai calon enam terbaik pemain paling bernilai, malah Mahali yang bakal menyarung jersi Harimau Selatan musim depan turut dicalonkan dalam kategori pemain pertahanan terbaik.

Dalam kategori itu, Mahali akan bersaing dengan lima pemain lain iaitu, Baihakki Khaizan (Lions XII), Azizi Mat Rose (Kelantan), Razman Roslan (Pahang), Jalaluddin Jaafar (Pahang), Amiridzwan Taj Tajudin (ATM).

"Saya sendiri tidak menyangka dengan pencalonan ini. Pada mulanya saya tidak percaya kerana tiada hitam putih mengenai pencalonan ini.

"Tapi seperti saya katakan, pencalonan ini satu penghargaan dan saya mengucapkan terima kasih kerana menilai persembahan saya selama ini.

"Dan jujur saya katakan saya tidak menaruh harapan yang tinggi untuk menang kerana saya rasa pemain lain lebih layak untuk menang. Tapi kalau saya menang itu satu bonus untuk saya dan satu suntikan semangat untuk mengharungi Liga Malaysia musim depan," katanya,

Difahamkan, satu panel pemilihan terdiri daripada wakil MFCA, ahli dari Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan pegawai FAM bermesyuarat memilih pemenang yang akan berlangsung, esok.


RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE 29.11.13

Mahali tidak lupa jasa Raja

WARTAWAN SINAR HARIAN
26 November 2013
 Mahali Jasuli
Mahali Jasuli Mahali ucap terima kasih kepada Raja yang membimbingnya hingga berada pada tahap sekarang.
BEK kental Harimau Malaya, Mahali Jasuli tidak akan melupakan pengorbanan dan jasa yang ditabur oleh ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal sepanjang membimbing skuad negara itu.

Menurut Mahali, terlalu banyak jasa yang dilakukan oleh jurulatih berusia 57 tahun itu sehingga membolehkan beliau berjaya memiliki prestasi seperti sekarang."Tanpa bimbingan, disiplin dan tunjuk ajar dari Rajagobal tak mungkin saya akan berada di tahap ini."Beliau yang membawa saya bermain bersama pasukan kebangsaan sejak 18 tahun. Terima kasih tak terhingga atas jasa dan pengorbanan jurulatih bersama kami di Harimau Malaya," katanya.

Isnin lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sah tidak melanjutkan khidmat Rajagobal sebagai ketua jurulatih pasukan negara selepas tempoh kontraknya berakhir pada 31 Disember ini.

Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai jurulatih sementara negara sehingga FAM menemui penyandang tetap yang berkemungkinan besar warga asing dalam tempoh menjelang perlawanan Kumpulan D Piala Asia 2015 dengan Yemen, 5 Mac depan.


RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE 29.11.13

Simpati nasib Othman

WARTAWAN SINAR HARIAN
29 November 2013
Simpati nasib Othman
Simpati nasib Othman Zuhairi (tiga kanan) bersama rombongan Skuad Prihatin Yakeb termasuk Datuk Malik Nor (kiri, dua belakang) menziarahi Othman (duduk, empat kiri).
NAMA Othman Abdullah mungkin asing bagi generasi baharu peminat bola sepak Malaysia. Bagaimanapun, pada era 70-an, dia amat dikenali sebagai pertahanan kental Harimau Malaya.

Pernah beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972, Othman kini menghidap penyakit kencing manis dan sukar bergerak.Namun, penderitaan Othman mendapat perhatian Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) yang melawat bekas pemain itu di Johor, kelmarin.Pengurus Besar Yakeb, Zuhairi Abd Manaf yang mengetuai rombongan tersebut berkata, pihaknya akan memasukkan nama Othman bagi membolehkannya menerima rawatan di hospital panel persatuan itu.

"Kita amat bersimpati dengan keadaan Othman. Sebelum ini dia hanya pergi ke klinik biasa, tetap selepas ini kami menyarankan kepadanya supaya mendapatkan rawatan menyeluruh di hospital panel Yakeb."Kita akan tanggung kos perubatannya namun ada had, iaitu RM10,000 setahun sebagai pesakit luar dan jika di tahan dalam wad, Yakeb sedia menanggung kos RM40,000," katanya.Selepas lawatan itu, rombongan Skuad Prihatin Yakeb meneruskan lawatan ke rumah bekas atlet basikal, Kamarden Ali.Kamarden, 64, pernah mewakili negara pada Sukan Sea 1971 di Singapura dan 1973 di Kuala Lumpur.Yakeb mengakhiri lawatan dengan melawat keluarga bekas pesilat negara, Allahyarham Nordin Atan yang meninggal dunia kerana leukemia pada 2011.

RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE 29.11.13

Tak mahu ambil risiko

Oleh Aziman Rosdi

Foto
Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee tidak mahu terburu-buru dalam menguji barisan kesebelasan terbaiknya apatah lagi menyedari pasukannya bakal diintip pencabar dari negara jiran Singapura apabila mereka turun beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Johor Darul Takzim II (DT II) di Stadium Pasir Gudang malam ini.

Beliau yang baru dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya berkata, beberapa pemain utama termasuk kapten Irfan Fazail, Zubir Azmi dan D Sarvindran yang mengalami kecederaan kecil akan direhatkan dalam perlawanan dengan kelab Liga Perdana itu bagi persiapan ke Sukan SEA Myanmar awal bulan depan.



“Saya tidak mahu mengambil risiko menurunkan pemain yang masih belum pulih sepenuhnya dan ini peluang untuk saya menguji beberapa kombinasi baru. Saya juga tahu Singapura akan datang menyaksikan perlawanan esok (hari ini) jadi saya fikir tidak perlulah kita mendedahkan kekuatan sebenar kita,” katanya.

Tambahnya, beliau masih mempunyai masa untuk menguji barisan terbaiknya apabila skuad B-23 bakal berdepan perlawanan pemanas badan terakhir dengan kelab Jepun FC Ryukyu pada 4 Disember ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Foto
KIM Swee (tengah) memerhatikan pemain melakukan latihan di Johor Bahru, semalam.


“Kecederaan pemain boleh berlaku pada bila-bila masa cuma saya menasihati pemain agar lebih berhati-hati dan saya akan menurunkan kesebelasan terbaik ketika menentang FC Ryukyu dalam tempoh 60 hingga 70 minit permainan,” jelas Kim Swee.


Krisis kecederaan pemain terus menghimpit skuad muda negara itu apabila mereka kehilangan beberapa pemain utama iaitu Wan Zack Haikal Wan Noor, Fandi Othman, Gary Steven Robbat, Syahrul Azwari Ibrahim dan terbaru Junior Eldstal dan Nik Shahrul Azim Abd Halim.

Bukan itu saja, Kim Swee perlu mencari jalan untuk memantapkan pasukannya yang sudah tidak dapat menggunakan pemain yang mempunyai karektor hebat kerana faktor umur seperti Khairul Fahmi Che Mat, Baddrol Bakhtiar, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra Omar ketika memenangi pingat emas Sukan SEA Indonesia pada 2011.

“Saya kehilangan ramai pemain kerana masalah kecederaan tapi saya yakin pemain yang ada masih boleh menggalas tugas dengan baik. Saya akui ini cabaran lebih hebat berbanding di Jakarta kerana dulu saya mempunyai mempunyai pemain berpengalaman seperti Apek (Khairul Fahmi), Baddrol dan Mahali. Saya berharap pemain yang akan diberi peluang bersedia untuk memikul cabaran ini,” katanya.

Ia juga pasti cabaran berbeza Kim Swee di Myanmar kali ini apabila ramai pihak mahu melihat sejauh mana kemampuannya menyempurnakan misi hatrik emas Sukan SEA selepas beliau dilantik menggantikan ketua jurulatih Harimau Malaya Datuk K Rajagobal yang tamat kontrak pada 31 Disember ini.

“Tekanan akan sentiasa ada apatah lagi dengan pelantikan sebagai jurulatih sementara ini tapi bagi saya apa yang penting adalah mempersiapkan pasukan ini sebelum ke Sukan SEA,” katanya.

Pada Sukan SEA kali ini, Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama-sama Vietnam, Singapura, Laos dan Brunei.
 Rujukan:
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/29

Nazri Ahmad sah milik The Red Warriors

 Oleh YATIMIN ABDULLAH

utusankelantan@utusan.com.my
 
Kevin Ramalingam (kiri) bersama Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa (tengah) ketika memperkenalkan barisan pemain baharu The Red Warriors pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, kelmarin.
KOTA BHARU - Ketua Pegawai Eksekutif The Red Warriors Sdn. Bhd, Kevin Ramalingam semalam menegaskan, pemain pertahanan, Muhamad Nazri Ahmad yang dibawa masuk bagi memperkuatkan skuad Kelantan musim depan sah milik The Red Warriors.

Bekas tonggak Johor Darul Takzim (Johor DT) itu telah menandatangani kontrak bersama Kelantan untuk tempoh tiga tahun bermula musim 2014 nanti.

Kevin berkata, pemain itu memberitahu pihaknya bahawa kontrak bersama Johor DT sebelum ini sudah tamat dan dia bebas untuk membuat pilihan.

"Nazri telah memberitahu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dia tidak terikat dengan mana-mana pasukan, jadi, kita telah mengemukakan tawaran kepada pemain tersebut dan dia bersetuju dengan syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak tersebut.

"KAFA berpegang kepada kata-kata Nazri yang memberitahu dia tidak terikat dengan mana-mana pasukan, jadi sebab itulah kita kemukakan tawaran.

"Jika Nazri telah mempunyai kontrak dengan pasukan lain, KAFA sama sekali tidak akan mengemukakan tawaran kepadanya kerana ia bercanggah dengan peraturan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu perpindahan Nazri yang menimbulkan persoalan apabila Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mendakwa pemain itu sudah mengandatangi kontrak untuk bersama Red Giants .

Tambahnya, Kelantan sebelum ini pernah berdepan masalah yang sama apabila beberapa pemainnya berhijrah ke pasukan lain biarpun pada asalnya telah menyatakan persetujuan dengan menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU).

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad memberitahu, tindakan pemain berkenaan jelas tidak profesional memandangkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah membayar pampasan kepada Nazri kerana kontraknya hanya akan berakhir pada 30 November ini.

Kevin berkata, Nazri mengakui, ada bertemu dengan pihak FAS namun dia tidak menandatangani kontrak untuk beraksi bersama Selangor musim hadapan.

Katanya, pihaknya tidak mempunyai niat untuk mengambil pemain pasukan lain jika mereka masih ada kontark.

"Kita terkejut dengan perkara ini, namun KAFA menyalahkan Nazri mungkin dia kurang arif. Saya cadangkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya mewujudkan ejen berdaftar dalam menguruskan hal berkaitan dengan perpindahan pemain.

"Langkah ini bagi mengelakkan isu sebegini kembali berulang pada masa hadapan," ujarnya lagi.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131128/su_02/Nazri-Ahmad-sah-milik-The-Red-Warriors#ixzz2ltILV900

© Utusan Melayu (M) Bhd