Isnin, 23 September 2013

Tewas tetapi pengalaman bernilai - Kim Swee

Tewas tetapi pengalaman bernilai - Kim Swee



PEMAIN-pemain Harimau Muda menimba pengalaman berguna pada Piala Menpora walaupun gagal layak ke perlawanan akhir.
KUALA LUMPUR - Tewas pada perlawanan kedua Piala Menpora 2013 kepada Central Coast Mariners dan gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir tidak meresahkan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee sebaliknya dia lebih menitikberatkan pengalaman yang diraih anak buahnya serta pendedahan kepada pemain simpanan.
Semalam di Stadium Jalak Harupat, Bandung, skuad bawah 23 tahun negara itu gagal untuk melakukan kejutan atau sekurang-kurangnya berkongsi mata dengan juara Liga Australia (Liga-A) 2012/13 itu apabila tewas 0-2 hasil jaringan Matthew Simons (42) Mitchell Duke (90) seterusnya gagal menempah slot ke saingan akhir.
Menurut Kim Swee, walaupun tewas setidak-tidaknya anak buahnya sudah memberikan saingan kepada skuad bimbingan Graham Arnold, yang bukan sahaja juara liga tetapi mempunyai pengalaman luas beraksi bersama kelab ternama Asia lain dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2012.
"Apa yang paling mustahak di sini ialah kita mendapat satu perlawanan berkualiti, ini adalah pengalaman dan pembelajaran yang berguna buat pemain, terutama mereka yang jarang diturunkan di Pestabola Merdeka baru-baru ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Pada perlawanan pertama Jumaat lalu Harimau Muda bermula dengan sedikit positif selepas berjaya mengikat Persib Bandung 2-2 dan masih baki satu lagi perlawanan bertemu Sriwijaya FC esok namun ia hanyalah sekadar perlawanan pelengkap jadual buat mereka kerana kemenangan masih gagal untuk memintas Central Coast Mariners, di mana juara kumpulan sahaja akan beraksi di perlawanan akhir.
"Kita pelajari sesuatu di sini dan memang kita tidak meletakkan sebarang sasaran, namun perlawanan akhir bertemu Sriwijaya kita tidak akan memberi laluan mudah buat mereka walaupun mereka mempunyai enam pemain import," ujarnya.


Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130923/su_08/Tewas-tetapi-pengalaman-bernilai---Kim-Swee#ixzz2flUfcXvM

Skuad Perak kena gantung


Oleh Sayed Hesham Idris
utusanperak@utusan.com.my
Naib Presiden PAFA, Isham Shahrudin (tengah) menunjukkan salinan laporan polis kepada media di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, semalam. - UTUSAN/ROY AZIS ABD. AZIZ
IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) semalam menggantung kesemua pegawai dan petugas termasuk ketua jurulatihnya Azraai Khor Abdullah selama dua minggu selepas mengesyaki berlaku rasuah dan sabotaj dalam skuad itu.
Serentak itu juga PAFA membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Timbalan Presiden PAFA, Khairul Azwan Harun berkata, keputusan drastik menggantung tugas semua pegawai pasukan dan membuat laporan polis dan kepada SPRM itu ekoran kekalahan memalukan 1-6 kepada Sarawak pada perlawanan Piala Malaysia, Sabtu lalu.
"Kami mula mengesyaki wujud elemen dan tindakan yang ada kaitan dengan sabotaj dan rasuah dalam pasukan ini sejak tiga atau empat perlawanan terakhir Perak lagi.
"Kekalahan besar kepada Sarawak adalah kemuncaknya.
"Sekarang kita serahkan kepada polis dan SPRM untuk melakukan siasatan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat PAFA, semalam.
Laporan dibuat dekat Balai Polis Sungai Senam dan di Pejabat SPRM negeri dekat Meru Raya, semalam.
"PAFA juga menubuhkan satu pasukan khas yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAFA, Datuk Ismail Saffian dan seorang peguam untuk menjalankan siasatan dalaman secara terperinci termasuk aspek kejurulatihan.
"Pasukan petugas khas ini akan mengemukakan hasil siasatan kepada PAFA sebelum tindakan lanjut dapat diambil," tegas Khairul.
Perak gagal melepasi saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia setelah dibelasah 1-6 oleh Sarawak pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Kuching, Sabtu lalu.
Dalam pada itu, Khairul Azwan berkata, kesemua pegawai yang digantung dan pemain dilarang meninggalkan bandar raya ini sepanjang tempoh siasatan.
Beliau berkata, mereka juga diwajibkan melaporkan diri pada setiap hari di pejabat PAFA mulai esok.
Bagi pemain, Khairul Azwan berkata, mereka perlu mematuhi syarat kontrak dengan menjalani latihan seperti biasa mulai Rabu ini.
"Disebabkan ketua jurulatih pasukan (Azraai) kini digantung tugas, maka persatuan melantik ketua jurulatih Akademi Bola Sepak PAFA, Marshall Soper dan Sayuddin Mat Isa sebagai pengendali sementara pasukan ini.
"Jika semua pegawai, petugas dan pemain gagal melapor diri mulai 25 September ini, Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatankuasa Darurat PAFA akan mengambil tindakan tegas.
"Ini adalah amaran selepas apa yang berlaku di Kuching dan beberapa perlawanan lain yang tidak boleh diterima. Kami boleh terima kekalahan tetapi tidak boleh terima sikap yang ditunjukkan," tegasnya.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat secara kolektif selepas berbincang dan mengambil pandangan anggota majlis PAFA, pihak yang berkepentingan termasuk beberapa kelab peminat yang berdaftar.
Katanya soal kebajikan tidak perlu dibangkitkan dalam perkara itu kerana selepas Presiden, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengambil alih kepemimpinan PAFA pada 2010, segala tunggakan gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diselesaikan.
Beliau berkata, tiadanya komitmen, kesungguhan dan disiplin juga adalah elemen sabotaj dalam bola sepak yang merosakkan pasukan walaupun elemen rasuah tidak berlaku.
"Saya telah mengurus pasukan sejak 2011. Saya tahu bila mereka benar-benar bermain atau dalam bahasa bola sepak kami kata 'saya tahu bila pemain tarik game dan buka game. Tiga tahun memberi pengajaran kepada saya, jadi jangan ambil mudah berhubung perkara yang kami bangkitkan ini," katanya.
Pada perlawanan peringkat Kumpulan D bagi saingan Piala Malaysia, Perak mencatat tiga kekalahan iaitu tewas kepada Kedah 0-1 pada 17 September, kalah kepada Lions XII 1-2 (31 Ogos) dan kalah teruk iaitu 1-6 kepada Sarawak, Sabtu lepas, sekali gus gagal ke peringkat suku akhir.


rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130924/su_01/Skuad-Perak-kena-gantung#ixzz2flWW2TDW

Khamis, 19 September 2013

FAM kenal Pasti Tiga calon Cemerlang


Kontrak Rajagobal (Kanan) Bersama FAM Akan diperolehi Degree awarded PADA 31 Disember depan.



SPEKULASI Untukmasalah GANTIAN Datuk K. Rajagobal SEBAGAI Ketua jurulatih Harimau Malaya Kampus A Semakin bertiup kencang apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan Telah menerima Permintaan daripada Tiga pengendali bertaraf Dunia Yang Berminat Mengisi Jawatan tersebut.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu, pihaknya Telah menapis senarai jurulatih Mengikut Kemampuan calon-calon tersebut.
Jogja rasaya, bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier Antara calon Paling 'Panas' dikaitkan SEBAGAI GANTIAN Rajagobal selepas FAM dikatakan Sedang Berusaha untuk mendaptkan khidmatnya.
SEBAGAI Simpan Tutup, Troussier Berjaya System skuad Samurai Biru ITU beraksi di peringkat cangkem Mati Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea selain menjulang Piala Asia Tahun 2000.
Hamidin Yang menepis Laporan media bahawa FAM Serius untuk mendaptkan Khidmat Troussier menegaskan, pihaknya Telah menerima layang Permintaan daripada jurulatih Yang memiliki Pencapaian Cemerlang berbanding pengendali Kelahiran Perancis ITU.
Difahamkan, bekas jurulatih skuad Utama Liverpool, Alex Miller selain legenda Jerman, Rudi Voller udah Antara Tiga individu tersebut.
"Sebenarnya ada Jogja calon YANG TELAH kemukakan Permintaan (Jawatan jurulatih Harimau Malaya), malah mungkin (status) Acha LEBIH Cemerlang daripada Troussier.
"Permintaan Kini Terus dan Q SETIAP HARI dan terindah Yang udah katakan rasaya Jogja, ITU udah Hak jurulatih Yang Berminat UNTUK menghantar Permintaan Acha.
"Saya TIDAK Dapat memberitahu siapakah individu terbabit kerana buat Masa Jogja, peringkat (Untuk PENCARIAN GANTIAN Rajagobal) Masih Belum ada dan kami pada sebenarnya TIDAK Pernah Membuka Jawatan tersebut," katanya Penyengat pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya Semalam.
Hamidin memberitahu, pihaknya memberi kepada Masih Click Klik Terhadap Kamis kemarin Rajagobal Yang diletakkan ialah keputusan Petunjuk Utama (KPI) Saksikan System Harimau Malaya Layak secara secara Automatik ke pusingan Fixed Piala Asia 2015.
Hamidin menegaskan, buat Masa Jogja FAM Belum Memberikan kata putus Untukmasalah Masa depan Rajagobal Yang berkemungkinan Akan Dilanjutkan kontraknya jika beliau Berjaya mencapai KPI Yang ditetapkan.
"Peluang Harimau Malaya Masih Belum Tertutup (PADA Kempen kelayakan Piala Asia).
"Markotop kerana perlawanan Terkini Menentang Yemen Telpon laper penentu Nasib Harimau Malaya DALAM saingan kelayakan Piala Asia.
"Selepas ITU Baru FAM Akan tampil Johor Bahru Johor Darul Satu Kenyataan Sama ada mahu melanjutkan Kontrak Rajagobal ATAU sebaliknya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/19.9.13

Rabu, 18 September 2013

KEPUTUSAN PERLAWANAN KELIMA PIALA MALAYSIA 2013

KEPUTUSAN PERLAWANAN KELIMA 

PM 5 - 17 September 2013 (Selasa)
33AJohor
Farid Ideris (14'), Izuan Jarudin (37')
2-2KL Sime Darby FC
Azmirul Azmi (43'), Fazrul Hazli Kadri (56')
Std Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunus, JB
34AATM
Marlon Alex James (37')
1-1Selangor
Mohd Fitri Shazwan (73')
Std Majlis Perbandaran Selayang
35BSelangor PKNS FC
Roman Chmelo (20', 66'), Patrick Ronaldinho (22', 28'), Mohd Nizad Ayub (85')
5-0Terengganu PBDKT T-TeamStd Shah Alam
36BKL Felda United FC
Rudie Ramli (73', 90')
2-5Johor Darul Takzim
Norshahrul Idlan Talaha (16'), Nurul Azwan Roya (52', 90' pen), Safiq Rahim (62' pen), Muhd Hadin Azman (75')
Std Majlis Perbandaran Temerloh
37CPahang
Matias Ruben Conti (51'), R. Gopinathan (70'), Azidan Sarudin (84')
3-0Negeri SembilanStd Darul Makmur. Kuantan
38CTerengganu
Ashaari Samsuddin (75')
1-3Kelantan
Hasmizam Kamarodin (28' gs), Indra Putra Mahayudin (57'), Md Badhri Radzi (86')
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu
39DPerak0-1Kedah
Nelson San Martin (90'+2)
Std Perak
http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2013/07/piala-malaysia-2014.html

'Misi 33' Selangor tidak menjadi

'Misi 33' Selangor tidak menjadi


MARLON meraikan jaringannya ketika menentang Selangor pada saingan Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.



SELANGOR terpaksa menelan hakikat betapa ‘Misi 33’ hanya tinggal mitos semata-mata.
Keputusan seri 1-1 dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi menyaksikan Gergasi Merah menduduki tangga tercorot Kumpulan A apabila sekadar mengutip tiga mata.
Beraksi pada babak pertama perlawanan, Selangor mempamerkan persembahan agresif dalam usaha mengintai kemenangan sulung pada kempen Piala Malaysia musim ini.
Selangor hampir berjaya mendahului permainan apabila perancang, Shukur Jusoh melepaskan rembatan, namun percubaannya sekadar melepasi gawang gol ATM pada minit ke-12.
Gergasi Merah sekali lagi hampir berjaya memecahkan henteng pertahanan The Gladiators hasil percubaan penyerang import, Francis Forkey Doe.
Begitupun, peluang terbaik Selangor itu gagal dimanfaatkan apabila pemain veteran The Gladiators, Shukor Adan berjaya menghadang sepakan deras Forkey Doe pada minit ke-25.
Sebaliknya, ATM menghukum keghairahan Selangor yang memburu jaringan apabila penyerang berbisa, Marlon Alex James meledak gol pembukaan pada minit ke-38.
Dua minit sebaik babak kedua bermula, Forkey Doe sekali lagi memberikan ancaman kepada benteng pertahanan ATM tetapi tendangan pemain kelahiran Liberia itu sekadar melewati palang gol tuan rumah.
Usaha gigih Forkey Doe memberikan tekanan kepada ATM akhirnya berbaloi apabila dia bijak menyudahkan hantaran Fitri Shazwan pada minit ke-69.
Jurulatih Selangor, P. Maniam gagal menyembunyikan kekecewaanya apabila pasukan bimbingannya tersingkir awal dalam kempen Piala Malaysia musim ini.
“Saya kecewa kerana kami tetap gagal mencatatkan kemenangan sulung, lebih-lebih lagi kami telah tersingkir awal daripada saingan Piala Malaysia.
“Apa pun, saya tetap berpuas hati dengan persembahan pasukan saya dan ternyata tuah tidak memihak kepada Selangor pada musim ini,” ujarnya.
Di Stadium Shah Alam, Selangor PKNS muncul pasukan pertama mara ke suku akhir kempen kali ini selepas membelasah T-Team 5-0 dalam aksi Kumpulan B malam tadi.
Roman Chmelo dan Patrick Ronaldinho Wleh muncul wira The Red Ant apabila masing-masing mencetak dua gol sebelum Mohd. Nizad Ayub melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah apabila menjaringkan gol kelima pada minit ke-87.
Dengan keputusan itu, skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim kini mengutip 12 mata, tiga mata di depan pencabar terdekat, Johor Darul Takzim (Johor DT) yang turut melakar kemenangan selesa 5-2 ke atas Felda United dalam satu lagi aksi kumpulan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam tadi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo.18.9.13

Ahad, 15 September 2013

Pestabola Merdeka: Malaysia juara


  • WARTAWAN SINAR HARIAN
    14 September 2013
  • Pestabola Merdeka: Malaysia juaraPestabola Merdeka: Malaysia juara
HARIMAU Muda A, kendalian 0ng Kim Swee muncul juara Pestabola Merdeka 2013 selepas menewaskan Myanmar, 2-0 pada aksi di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Berikut adalah ringkasan mengenai perlawanan.

Pemain Terbaik Pestabola Merdeka 2013: Wan Zack Haikal Wan Nor (Malaysia)

Penjaring Terbanyak Pestabola Merdeka 2013: Rozaimi Rahman - 3 gol (Malaysia)

Permata Baru


  • FOTO : SAFWAN MANSOR
    14 September 2013
  • Permata BaruAksi spontan Rozaimi selepas menjaringkan gol buat pasukan.
SELESAI sudah aksi peringkat kumpulan Pesta Bola Merdeka 2013 membabitkan Harimau Muda A, Thailand, Myanmar dan Singapura.
Pelbagai aksi dan karenah dipamerkan pemain namun yang menjadi tumpuan dikalangan penyokong setia bola sepak tempatan pastinya Junior Eldstal dan Rozaimi Rahman.

Bijak membaca hantaran bola dikawasan tengah itulah kelebihan dimiliki Junior sambil Rozaimi membuktikan ketajaman gerakan penyudah melalui dua gol ketika membantu Harimau Muda menewaskan Thailand, 3-0.

AKSI TENANG

Pengalaman bersama Harimau Malaya mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa ternyata mendewasakan Junior yang tenang beraksi diposisi kegemarannya ditengah.

Ketinggian serta pantas membaca hantaran lawan senjata utama dimiliki pemain Sarawak ini dan ia memang terbukti dalam aksi menentang Singapura serta Myanmar.

Pantas naik ke atas membantu jentera serangan serta tidak leka diposisi asal, pemain ini seharusnya diberikan lebih ruang untuk terus menyarung jersi kebangsaan.

MAKIN BERBISA

Penjaring terbanyak pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun, Rozaimi Rahman terus mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan.

Lebih mesra dipanggil Amy, anak kelahiran Sabah ini ternyata berbisa dan memanfaatkan sepenuhnya peluang diberikan Ong Kim Swee untuk mempamerkan taring.

Mampu melakukan rembatan ketika membuat larian kehadiran pemain ini bersama Harimau Muda A pastinya memberikan banyak pilihan buat Kim Swee merencanakan strategi bagi memastikan kemenangan buat pasukan.

HARAPAN PEMINAT

Bagi peminat kemunculan dua pemain ini yang dilihat menyerlah selain beberapa pemain lain dalam skuad perlu diteruskan.

Jangan kerana faktor usia ia dianggap halangan untuk bersama pasukan utama kebangsaan kerana hakikatnya Harimau Malaya sememangnya ketandusan penyerang dan pemain tengah yang berpotensi.

Berikan ruang dan tunjuk ajar sepenuhnya, usah terlalu awal membuat penilaian hingga menyebabkan kita kehilangan permata baru yang sewajarnya digilap untuk menjadi pemain terkemuka.

Harimau Muda juara


Oleh NOR AZIRAN YUNUSaziran.yunus@kosmo.com.my




SKUAD Harimau Muda muncul juara Pestabola Merdeka 2013 selepas menang bergaya 2-0 ke atas Myanmar pada perlawanan akhir di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang malam tadi.
Skuad Harimau Muda ternyata mendominasi permainan pada separuh masa pertama perlawanan dengan melancarkan serang bertali-arus ke kubu Myanmar.
Seawal minit kedua, penyerang, Md. Rozaimi Abdul Rahman gagal menyambar bola muntah yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Myanmar, Pyaye Phyo Aung.
Selepas itu, peluang Harimau Muda menghasilkan gol pada minit kelapan turut gagal apabila seorang lagi penyerang negara, A. Thamil Arasu melepaskan rembatan padu ke arah gawang lawan namun, penjaga gol lawan, Phyo Aung bijak menafikannya.
Pada minit ke-11, peluang tiba lagi, kali ini menerusi sepakan percuma yang diambil oleh kapten Harimau Muda, Mohd. Irfan Fazail.
Mohd. Irfan melepaskan sepakan lencong menarik dan penjaga gol Myanmar hanya mampu menumbuk bola keluar namun Syahrul Azwari Ibrahim yang membuat susulan sekadar melepaskan rembatan liar.
Selepas itu, pada minit ke-17, Harimau Muda terus bernafsu mencari gol pendahuluan menerusi Putera Nadher Amarhan, namun rembatannya sedikit tersasar.
Memasuki minit ke-19, giliran Myanmar pula mendapat peluang namun asakan mereka mudah dibaca benteng pertahanan Harimau Muda.
Pada minit ke-28, Myanmar mendapat satu lagi peluang, kali ini menerusi satu sepakan percuma dan ketua pasukannya, Kyaw Zayar Win yang mengambil sepakan tersebut gagal menyempurnakannya.
Gol yang dicari-cari skuad Harimau Muda akhirnya muncul berpunca daripada larian pantas pemain sayap kanan, Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-29.
Wan Zack yang berjaya melepasi dua pertahanan Myanmar kemudian melepaskan rembatan padu ke arah gol Myanmar yang gagal ditangkap kemas penjaga golnya.
Rozaimi yang berada di depan gol tidak mensia-siakan peluang dan penyerang berasal dari Sabah mudah menyempurnakannya untuk membolehkan Harimau Muda mendahului 1-0.
Bersambung babak kedua, Harimau Muda sekali lagi menampilkan aksi garang dan pada minit ke-54, Wan Zack sekali lagi membuat larian menarik daripada sebelah kanan dan dia berjaya menggelecek tiga pertahanan Myanmar bagaimanapun rembatannya sedikit tersasar.
Pada minit ke-57, Thamil Arasu turut mendapat satu peluang di depan gol Myanmar namun penjaga golnya berjaya menepis keluar.
Penyerang Myanmar, Kyaw Ko Ko mendapat peluang terbaik pada minit ke-59 namun rembatannya berjaya ditepis penjaga gol negara, Mohd. Izham Tarmizi.
Pada minit ke-61, Ko Ko sekali lagi menguji Mohd. Izham menerusi rembatan padu namun penjaga gol utama Harimau Muda itu sekali lagi menampilkan kecekapannya dengan melayangkan badan untuk menyelamatkan keadaan.
Memasuki minit ke-71, skuad negara hampir menambah jaringan berpunca daripada hantaran lintang Mohd. Irfan namun tandukan Mohd. Fadhli Shas sekadar menggegar palang gol.
Mohd. Izham sekali lagi tampil sebagai watak penyelamat dan kali ini pada minit ke-74 dia sekali lagi melayangkan badannya untuk menepis tandukan padu Kyi Lin.
Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Junior Eldstal yang menerima umpanan cantik daripada D. Saarvindran tidak mensia-siakan peluang untuk gol kedua Harimau Muda bagi menghadiahkan kejayaan gemilang dengan menjuarai Pestabola Merdeka 2013 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Rujukan
: http://www.kosmo.com.my/kosmo.15.9.13

Sabtu, 14 September 2013

Malaysia juara Pestabola Merdeka edisi 2013


PENJARING gol pertama Malaysia, Md. Rozaimi Abdul Rahman dicabar dua pemain Myanmar pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini. - UTUSAN/MAHATHIR ALI
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka edisi 2013 selepas menundukkan Myanmar 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.
Gol-gol Harimau Muda disumbangkan oleh Md. Rozaimi Abdul Rahman di separuh masa pertama dan Junior Eldstal pada saat-saat akhir permainan.
Sementara itu pada perlawanan sebelah petang, Singapura menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Thailand 2-1.
KEPUTUSAN PENUH:
Juara - Malaysia
Naib Juara - Myanmar
Ketiga - Singapura
Keempat - Thailand
Penjaring Terbanyak - Md Rozaimi Abdul Rahman (3 gol)
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Wan Zack Haikal
- UTUSAN ONLINE


Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130914/su_08/Malaysia-juara-Pestabola-Merdeka-edisi-2013#ixzz2esqRxJ8i
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jumaat, 13 September 2013

Strategi pasukan jadi keutamaan


Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUANTAN - Walaupun sudah menjaringkan dua gol, masih belum ada sebarang jaminan buat penyerang dari Sabah, Mohd. Rozaimi Abd. Rahman untuk mendapat tempat secara automatik dalam kesebelasan utama menjelang perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 berdepan Myanmar di sini, esok.
Bukan mahu menganggap aksi seorang lagi penyerang, A. Thamil Arasu lebih bermutu, namun jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee mahu melihat Rozaimi memperbaiki lagi kemampuan terutama daripada aspek bertahan semasa pasukan sedang diserang oleh pasukan lawan.
Jelasnya, Rozaimi memang seorang penyerang yang baik, cuma apabila memikirkan strategi pasukan daripada segi keseluruhan, dia perlu membuat keputusan berdasarkan kekuatan pasukan lawan.
"Rozaimi yang kita kenali memang mempunyai sentuhan gol yang cukup baik tetapi setiap perlawanan adalah berbeza kerana kekuatan pasukan sentiasa berlainan.
"Banyak perkara yang saya akan ambil kira seperti berapa peratus seseorang pemain itu membantu pasukan dalam situasi bertahan kerana itu cukup penting bagi memastikan pasukan sentiasa beraksi dengan baik sepanjang masa.
"Saya tahu mungkin dia (Rozaimi) kecewa, tetapi tidak ada jalan pintas buat dirinya atau sesiapa pun untuk berada dalam kesebelasan utama, mereka kena berusaha gigih dan tidak menunjukkan sikap cepat berputus asa," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar, kelmarin.
Tidak dinafikan sebahagian peminat pasti menagih aksi Rozaimi menjadi penggempur utama Harimau Muda pada pentas akhir Pestabola Merdeka selepas dua jaringannya membenam Thailand 3-0 pada aksi menentang Thailand.
Berbanding Thamil, pemain itu sekadar menjaringkan satu gol ketika berdepan Singapura pada perlawanan sulung, namun golnya itu sudah cukup memastikan Harimau Muda membawa tiga mata penuh dengan kemenangan tipis, 1-0.
Selain Thamil dan Rozaimi, Kim Swee juga mempunyai seorang lagi penyerang, Mohd. Ferris Danial yang boleh disandarkan harapan jika kedua-dua pemain itu mendapat kecederaan.
Menjelang perlawanan dengan Myanmar, difahamkan pemain tengah, Junior Eldstal, mengalami masalah cirit-birit, namun keadaan itu tidak serius dan dia mampu pulih sebelum esok.
Mengulas kemenangan dengan Thailand, Kim Swee mengakui dia berasakan sukar untuk memilih kesebelasan terbaik selepas lima muka baharu yang diturunkan ketika bertemu Thailand menunjukkan prestasi yang mengagumkan.
"Ini satu situasi yang pasti membuatkan saya sukar membuat keputusan terhadap siapa yang akan diturunkan pada aksi akhir nanti namun saya suka sebenarnya apabila pening kepala sebegini.
"Saya ada banyak pilihan pemain yang boleh diturunkan dan menunjukkan sesiapa sahaja dalam pasukan ini ada kemampuan bila-bila masa untuk berada dalam kesebelasan utama," katanya.


Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130913/su_01/Strategi-pasukan-jadi-keutamaan#ixzz2epnAIAR7

BAYANGAN PASUKAN HARIMAU MUDA KE PERLAWANAN AKHIR PESTABOLA MERDEKA

BAYANGAN PASUKAN HARIMAU MUDA KE PERLAWANAN AKHIR PESTABOLA MALAM INI
       Wartawan Utusan meramalkan Ong Kim Swee akan menurunkan Mohd Izham Tarmizi sebagai penjaga gol, pemain pertahanan pula terdiri daripada K.Reuben sebagai bek kanan, Zubir Azmi sebagai bek kiri. Manakala pertahanan tengah pula terdiri daripada Nik Sharul Azim dan MohMohd Shas. Manakala barisan tengah pula terdiri daripada Wan Zack Haikal Wan Noor, Ketua Pasukan Mohd Irfan Fazail, Juanior Eldtal dan D. Saarvindran. Manakala barisan pemain penyerang pula ialah A. Thamil Arasu dan Mohd Nazmi Faiz Mansor. Ini bermakna penjaring dua gol menentang Thailand, Mohd Rozaimai Abdul Rahman akan berada dibangku simpanan. Ramalan saya Harimau Muda 3-1 Myanmar.

Ujian getir menanti Sarawak


  • WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
    14 September 2013
  • Ujian getir menanti Sarawak
JUARA Liga Super, Lions XII dan Kedah perlu mengerahkan sepenuh kudrat yang ada pada baki perlawanan Selasa ini jika mahu terus bersaing dalam kejohanan bolasepak tertua di negara ini.

Lions XII yang berada di tangga ketiga dengan empat mata dan Kedah pula di tangga tercorot dengan tiga mata perlu bangkit memberi saingan kepada Sarawak serta Perak yang kini hanya selangkah kaki sahaja untuk mara ke peringkat suku akhir.

BELUM PUDAR

Bujang Senang muncul pendahulu kumpulan berkongsi mata dengan Perak dengan tujuh mata namun dibezakan jumlah jaringan gol selepas empat perlawanan.

Berbaki dua perlawanan lagi, pengendali Singa Kota, V Sundramoorthy dan Kenari, Datuk Ahmad Shafie pasti memasang sasaran wajib menang biarpun sedar harapan tersebut tipis selain mereka perlu berentap sesama sendiri pada aksi akhir kumpulan di Stadium Darul Aman pada 21 September.

Namun anak didik Roberts Albert dan Mohd Azraai Khoi Abdullah tidak boleh selesa dengan kedudukan semasa kerana saingan peringkat kumpulan sering menjanjikan kejutan.

GALAS HARAPAN

Singa Kota terdesak dengan gelaran juara Liga Super disandang manakala Kenari mengalas harapan puluhan ribu penyokong Kedah yang mengharapkan mereka mampu meraih sekurang-kurangnya satu piala musim ini selepas pasukan kesayangan mereka ketandusan gelaran juara sejak 2009 lagi.

Bolos empat gol di Kuching pada perlawanan keempat lalu perlu dipandang serius Ahmad jika mereka tidak mahu insiden sedemikian berlaku apabila berkunjung ke Ipoh untuk menghadapi Perak, Selasa nanti.

CABARAN BARU

Bagi pemain Seladang pula, kekalahan kontroversi 2-1 kepada Lions XII perlu segera dilupakan dan bangkit mencari ubat kedukaan dan ia akan pulih apabila tiga mata berjaya dikutip untuk mengesahkan satu slot suku akhir milik mereka.

Sarawak pula tidak boleh rasa selesa dengan kedudukan mereka sekarang biarpun jentera serangan mereka dilihat paling mantap setakat ini memandangkan perlu beraksi di atas padang tiruan di Stadium Jalan Besar yang menyaksikan hampir semua pasukan gergasi dari Malaysia rebah selain membawa tuah kepada Lions XII sepanjang musim ini.
Rujukan Sinar Harian online 14.9.13

Khamis, 12 September 2013

Dilema pemain The Red Warriors

Dilema pemain The Red Warriors

  • SUBKHI SUDARJI & RUWAIDA MD ZAIN
    11 September 2013
  • Dilema pemain The Red WarriorsNorfarhan dan Indra Putra
BENARKAH beberapa pemain utama dalam pasukan The Red Warriors (TRW) bakal berhijrah menyarung jersi pasukan lain untuk musim 2014? Andai benar, bolehkah penyokong setia Pahlawan Merah merestui tindakan wira mereka yang menobatkan Kelantan selaku Juara Treble 2012.

Tawaran gaji lebih lumayan, kurang diturunkan sebagai kesebelasan utama, faktor usia dan ingin berada dekat dengan keluarga antara perkara utama mendorong pemain membuat keputusan berhijrah atau sebaliknya.

Difahamkan, pemain utama yang dikhabarkan bakal membawa diri beraksi di posisi pertahanan dan tengah sebelum ini banyak berjasa kepada kecemerlangan pasukan.

Tindakan ini terpaksa diambil pemain berkenaan kerana kemasukan beberapa pemain baru yang lebih muda selain mendapat tawaran gaji seperti sedia kala.

Felda United, Johor Darul Takzim (JDT) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikhabarkan sedang merisik beberapa pemain TRW untuk memperkuatkan barisan mereka bagi saingan musim depan, malah ada juga telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU).

Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Mohd Khairi Yazid berkata, peminat Kelantan pastinya berfikiran matang dan rasional sekiranya pemain yang ingin berhijrah menggunakan saluran yang betul.

"Tiada masalah seandainya pemain ingin bersama pasukan lain, mereka mempunyai hak, itu masa depan mereka tetapi kita mahu mereka menggunakan saluran yang betul, jadikan kes lalu sebagai pengajaran.

"Selaku penyokong kita akan tetap menghargai segala jasa dan pengorbanan ketika bersama TRW dan tiada istilah untuk menyisih serta memperlekeh aksi mereka bersama pasukan baru," katanya.

Bagaimanapun Khairi mengharapkan agar Persatuan Bola Sepak Kelatan (Kafa) mengekalkan pemain utama selain memilih muka baru yang berkualiti mengisi kekosongan.

"Lumrah dalam dunia bola sepak, ada yang masuk dan keluar namun kita mengharapkan Kafa membawa masuk pemain baru berkualiti untuk menampung kekosongan kerana kami percaya Kafa mempunyai pendekatan tersendiri memilih pemain berwibawa serta mampu menjalankan tugas yang diberikan," katanya.

Sebelum ini, isu perpindahan pemain utama TRW terus menjadi bualan di kalangan peminat bola sepak tempatan dalam laman Facebook, malah status daripada pemain TRW yang berkongsi mengenai nasib pemain bola sepak turut dipaparkan.

Pemain tersebut yang hanya ingin mendapatkan pandangan mengenai nasib pemain bola sepak pastinya akan dijulang bila beraksi dengan baik, namun sebaliknya bila persembahan merosot.
Sumber: Sinar Harian online 12.9.13

Selasa, 10 September 2013

Harimau Malaya tumbang di China

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
HARIMAU Malaya bakal mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 bulan depan.


LEGENDA bola sepak kebangsaan, Datuk Shukor Salleh (gambar kecil) menganggap skuad Harimau Malaya mula menunjukkan perkembangan positif meskipun tewas 0-2 kepada China pada aksi persahabatan kelas A di Tianhe, China malam tadi.
Shukor berkata, kekalahan itu harus dijadikan sebagai pembakar semangat buat skuad kendalian Datuk K. Rajagobal dalam usaha mencari rentak terbaik sebelum kembali mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015.
“Perlawanan persahabatan adalah peluang buat kita (Harimau Malaya) untuk mempamerkan kekuatan. Itu yang mustahak.
“Jika kita asyik bertahan sahaja, sudah tentu ia tidak berguna kerana kita telah mencapai satu keputusan negatif.
“Saya tahu China lebih kuat berbanding skuad negara tetapi apa yang lebih penting, para pemain menunjukkan satu persembahan yang baik.
“Setiap perlawanan ada strategi tersendiri dan ia bergantung kepada kebijaksanaan jurulatih. Apa pun, keputusan kita adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kekalahan 1-6 Singapura di tangan China.
“Saya berharap dan percaya, mungkin kekalahan ini akan mematangkan lagi skuad negara sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015,” kata Shukor ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pada aksi semalam, Zheng Long membuka tirai jaringan China menerusi sepakan percuma pada minit ke-43.
Yang Xu melengkapkan kemenangan China apabila meledak gol kedua pada minit ke-57.
Mengulas lanjut, Shukor menyarankan Harimau Malaya mencontohi semangat perjuangan ‘adik’ mereka - Harimau Muda yang kini mempamerkan prestasi cemerlang pada Pestabola Merdeka 2013 di Kuantan, Pahang.
“Tak salah kalau kita kadang-kadang menggunakan nilai positif seperti yang ada pada Harimau Muda. Saya tidak mahu membandingkan siapa lebih bagus tetapi kita harus memuji skuad kendalian Ong Kim Swee itu.
“Skuad Rajagobal ada juga kelebihannya tetapi dalam pengamatan saya, semangat berpasukan Harimau Muda lebih tinggi jika dibandingkan dengan pasukan senior.
“Seperti yang kita lihat, Kim Swee begitu serius tidak kira pada perlawanan persahabatan mahupun kejohanan sebenar kerana beliau adalah jurulatih yang sentiasa mencari ruang untuk menonjolkan kekuatan pasukannya.
“Apa sekalipun, kita tetap mendoakan kejayaan buat kedua-dua pasukan negara dalam usaha mencipta nama di persada antarabangsa,” katanya.
Rujukan: http://www.kosmo.com.my/kosmo/ 11.9.13

Malaysia kalah lagi

China 2-0 Malaysia

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa "A" FIFA

10 September 2013 (Selasa)
China PR
2-0
Malaysia
Tianjin Olympic Center Stadium, Tianjin
1 Mohd Farizal Marlias, 4 Asraruddin Putra Omar (20 Mohd Fitri Omar 83'), 6 Mohd Razman Roslan, 7 Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 18 Helmi Remeli, 8 Safiq Rahim, 15 Gurusamy Govandar a/l Kandasamy (12 Mohd Shakir Shaari 62'), 16 Kunanlan Subramaniam, 19 Azamuddin Mohd Akil (14 Mohd Khyril Muhymeen bin Zambri 62'), 9 Norshahrul Idlan Talaha (13 Fakri Saarani 84'), 17 Mohd Amri Yahyah (5 Mohd Hairol Mokhtar 88')
Rujukan:
http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/

Harimau Muda ke final


Oleh NOR AZIRAN YUNUS aziran.yunus@kosmo.com.my

WAN ZACK (kiri) bersaing dengan pertahanan Myanmar, Thein Than Win pada aksi Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.


SKUAD Harimau Muda menempah tiket ke final Pestabola Merdeka 2013 selepas berjaya menjinakkan Myanmar 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.
Kemenangan kedua berturut-turut itu membolehkan Harimau Muda mendahului saingan dengan enam mata maksimum selepas menang 1-0 ke atas Singapura dalam aksi pertama Sabtu lalu.
Beraksi di atas padang kering malam tadi, Harimau Muda menampilkan permainan lebih tersusun berbanding ketika menentang Singapura.
Seawal minit ketiga, pemain sayap Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor membuat larian pantas bagi membelah benteng pertahanan Myanmar, namun rembatan pemain kelab Ryukyu FC itu tepat ke dakapan penjaga gol Myanmar, Pyaye Phyo Aung.
Tujuh minit kemudian, perancang Myanmar, Kyi Lin pula mendapat peluang di hadapan pintu gol Harimau Muda, namun percubaannya sedikit tersasar.
Myanmar mendapat peluang menerusi sepakan percuma di sebelah kanan pintu gol Malaysia pada minit ke-15, namun penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi sudah dapat membaca sepakan kapten Myanmar, Kyaw Zayar Win.
Peluang terbaik Harimau Muda sekali lagi hadir menerusi Wan Zack pada minit ke-20, namun sepakan percumanya sekadar menggegar palang Myanmar.
Stadium bergema apabila pemain tengah Harimau Muda, Putera Nadher Amarhan atau Junior Eldstal berjaya menanduk masuk gol hasil satu sepakan penjuru pada minit ke-26.
Namun jaringan itu dibatalkan oleh pengadil dari Singapura, Abd. Malik Abd. Bashir kerana dia belum mengarahkan sepakan dilakukan.
Memasuki minit ke-38 berpunca daripada sepakan penjuru, tonggak Myanmar, Nay Lin Tun berjaya menanduk masuk gol pembukaan perlawanan .
Gol yang dicari-cari Harimau Muda akhirnya tercipta pada minit ke-64 apabila kapten, Mohd. Irfan Fazail bijak menyudahkan hantaran Putera hasil sepakan percuma yang diambil Wan Zack.
Wan Zack mengesahkan kemenangan Harimau Muda menerusi sepakan percuma yang cukup menarik pada minit ke-78.
Bagi pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee, beliau sudah menjangkakan kesukaran dalam perlawanan menentang lawan kental seperti Myanmar.
"Semasa rehat separuh masa, saya meminta para pemain melupakan aksi separuh masa pertama dan bangkit.
"Berkat usaha keras serta tidak mengenal erti kecewa akhirnya kami mampu membuat kebangkitan seterusnya menewaskan Myanmar 2-1," katanya.
kOSMO ONLINE 10.9.13

Isnin, 9 September 2013

Harimau menang lagi

Harimau Muda 2-1 Myanmar
9 September 2013 (Isnin):
Thailand Selection 1-0 Singapore U23
Malaysia U23 2-1 Myanmar U23
Mohd Irfan Fazail (65'), Wan Zack Haikal Wan Nor (78'); Nay Lin Tun (38')

4 Md Fadhli Mohd Shas, 6 Saarvindran a/l Devandrn (25 Syahrul Azwari Ibrahim 61'), 7 Mohd Irfan Fazail (C), 9 Thamil Arasu Ambumamee, 10 Wan Zack Haikal Wan Nor, 15 Putera Nadher Amarhan, 16 Mohd Zubir Mohd Azmi, 17 Nik Mohd Shahrul Azim, 20 Mohd Azrif Nasrulhaq (2 Reuben Thayaparan 86'), 21 Muhammad Nazmi Faiz (24 Saiful Riduwan Selamat 63'), 22 Mohd Izham Tarmizi
Simpanan: 2 Reuben Thayaparan, 3 Shahrul Mohd Saad, 5 Muhammad Arif Farhan, 8 Muhammad Ferris Danial, 11  Md Rozaimi Abdul Rahman, 12 S. Sivanesan, 18 Md Firdaus Muhammad, 19 Nazirul Naim Che Hashim, 23 Md Nasir Basharuddin, 24 Saiful Riduwan Selamat, 25 Syahrul Azwari Ibrahim.
Rujukan:http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/

Harimau sedia mengganas lagi


Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMINdayne.ghazali@utusan.com.my


Pasukan Malaysia menjalani latihan di padang Akademi Bola Sepak Malaysia dekat Gambang, semalam sebagai persiapan menentang Myanmar pada aksi kedua Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini. - utusan/AHMAD ZAKKI JILAN
KUANTAN - Selepas membaham Singa, Harimau Muda semakin garang mahu menjadikan Myanmar sebagai mangsa seterusnya dalam saingan Pestabola Merdeka 2013 malam ini.
Biarpun kesan kekalahan pada pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 22, tahun lalu di tangan Myanmar masih terbayang oleh para pemain, Ong Kim Swee tidak mahu dendam dijadikan sebagai motivasi mencari kemenangan sambil menyifatkan pasukan Myanmar yang tiba di kejohanan ini bukanlah sebuah pasukan yang asing pada pandangannya.
Menyenaraikan Kyi Lin, Kyaw Ko Ko dan ketua pasukan, Kyaw Zayar Win sebagai tiga pemain Myanmar yang perlu diberi perhatian, dia mengetahui segala kekuatan dan kelemahan pasukan yang dilabel White Angels.
"Seperti mana kejohanan lalu (kelayakan Piala AFC Bawah 22), majoriti pemain mereka masih sama dan berdasarkan apa yang saya lihat semasa berdepan Thailand, pasukan ini cukup laju dalam melakukan serangan.
"Saya tidak percaya pada dendam kerana jika kita fikirkan mengenai dendam, itu akan memberikan satu perasaan yang tidak elok kepada kami. Apa yang penting kami telah mempelajari sesuatu daripada kekalahan dulu untuk menewaskan Myanmar selepas ini.
"Myanmar merupakan sebuah skuad yang sentiasa menggunakan pemain-pemain yang sama untuk perlawanan antarabangsa dan mereka dilihat semakin bertambah baik.
"Pemain nombor tujuh iaitu ketua pasukan (Zayar Win) merupakan perancang utama, pemain nombor lapan (Kyi Lin) cukup pantas dan mempunyai skil menggelecek yang hebat dan pemain nombor sepuluh (Kyaw Ko Ko) sering kali mampu memberikan banyak masalah kepada pertahanan lawan," katanya pada sidang akhbar pengurus pasukan di sini, semalam.
Pada 3 Julai lalu, Myanmar yang layak ke pusingan akhir Piala AFC Bawah 22 dengan cara kontroversi kerana menggunakan pemain yang lebih umur berjaya menundukkan Malaysia 2-1 di Yangon sekali gus meranapkan impian negara yang sekadar berada di tempat ketiga Kumpulan G di belakang Korea Selatan dan Myanmar.

Tiga lagi mata akan membawa Malaysia semakin pasti ke perlawanan akhir pada 14 September dan itu yang mahu dicari oleh Kim Swee apabila melakukan perhitungan penting berdepan Myanmar.

Ahad, 8 September 2013

A.Thamil Arasu

A.Thamil Arasu Penyerang Harimau Muda A – Oleh Ahmad Yaakob

Thamil Arasu Ambumamee adalah Pemain Bola Sepak Malaysia berasal dari Banting, Selangor  yang bermain  di bahagian Penyerang untuk pasukan Harimau Muda A.Beliau pernah dipanggil untuk bermain untuk pasukan Kebangsaan Malaysia pada 22 November 2010 untuk Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 (Piala AFF Suzuki 2010. ) selepas  Ahmad Fakri Saarani telah cedera. Tetapi kemudian, Thamil tidak termasuk di skuad akhir 22 orang pemain bagi Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 (Piala Suzuki AFF 2010). Kini A. Tamil Arasu mewakili Pasukan Harimau Muda A dalam kejohanan Bolasepak Pestabola Merdeka. Dalam perlawanan pertama menentang Singapura bawah 23 beliau menjaringkan gol kemenangan.