Irfan berang 'gergasi tidur'
KUALA LUMPUR - Sebelum perlawanan kelmarin, tiada siapa berani meramalkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mampu menang ke atas naib juara Liga Super, Selangor di Stadium Shah Alam namun sebaik sahaja pengadil meniup wisel penamat selepas 90 minit permainan, rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan Red Giants akhirnya lebur apabila tewas 2-3 di tangan The Gladiators.
Kegagalan mencari kemenangan pertama selepas dua perlawanan di peringkat kumpulan amat menghampakan pengendalinya, Irfan Bakti yang melabelkan barisan pertahanannya seperti tidur sepanjang permainan yang membuka ruang kepada ATM mengaut tiga mata penuh di kandang Selangor sendiri.
Baginya, kekalahan itu boleh dielak jika barisan pertahanan dapat mengurangkan kesilapan dan berdisiplin semasa menangkis serangan yang dilakukan oleh pihak lawan.
Kita memang nampak lemah dalam situasi bola mati, dua gol yang diperolehi lawan datang melalui keadaan itu dan saya hairan kenapa barisan pertahanan saya seolah-olah seperti tidur serta lambat membuat kawalan ke atas pemain-pemain apabila berada dalam kotak penalti.
Apa yang berlaku memang satu kerugian besar buat pasukan ketika bahagian serangan kita nampak baik, kecuaian barisan pertahanan cukup ketara kerana melepaskan gol-gol yang mudah.
Manakala gol kedua ATM pula saya sifatkan boleh dielakkan jika pemain lebih fokus dan berdisiplin dalam situasi berkenaan, " katanya kepada Utusan Malaysia.
RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130826/su_03/Irfan-berang-gergasi-tidur#ixzz2d2WmfJOQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan