Sabtu, 24 Ogos 2013

PERLAWANAN KEDUA PIALA MALAYSIA KUMPULAN C KELANTAN VS TERENGGANU

RAMALAN KELANTAN 3-1 TERENGGANU - AHMAD YAAKOB
       Tahun lepas Terengganu mengalahkan Kelantan dalam perlawanan pertama Piala Malaysia yang menyaksikan Dausu Jamaluddin dikenakan kad merah. Tetapi tahun ini ternyata pasukan Kelantan lebih kuat daripada pasukan Terengganu. Ini terbukti apabila pada penghujung Liga Super Kelantan berjaya mengalahkan Terengganu 6-1. Kelantan juga berjaya mengalahkan Terengganu dalam perlawanan separuh akhir Piala FA.
 Jadi malam ini Kelantan sekali lagi akan mengalahkan Terengganu 3-1. Mengenai barisan pemain Kelantan saya menjangkakan Bojan Hodak akan menurunkan kesebelasan utama iaitu;
Khairul Fahmi Che Mat, Obinna Nwaneri,Zairul Fitri, Farisham Ismai, Nik Shahrum Azim, Dausu Jamaluddin, Mohd Badri Radzi, Norfarhan Muhammad, Indraputra Mahayuddin, Shakir Shaari dan Dickson Nwakaeme.

Tetapi pasukan Kelantan tetap perlu waspada dengan ancaman Effa Owona, Abdul Manaf Mamat, Ashaari Samsuddin dan Ismail Faruqi. Tetapi seperti biasa jurulatih Kelantan Bojan Hodak akan mengarahkan Obinna Nwaneri akan merantai pergerakan Effa Owona. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan