KIM
SWEE (kanan) dijangka memperbaiki kelemahan yang timbul menjelang pertemuan
menentang Laos pada aksi kedua Kumpulan A di Stadium Zeyyer Thiri esok.
NAY
PYI TAW, Myanmar - Pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee dijangka
mencongak strategi lebih berkesan menjelang aksi kedua Kumpulan A menentang
Laos petang esok.
Kim
Swee perlu melakukan sedikit perubahan terutama di beberapa posisi berdasarkan
persembahan pemain-pemainnya ketika menewaskan Brunei 2-0 pada aksi pembukaan
kelmarin.
Bagaimanapun,
ketumpulan jentera serangan dan kerapuhan benteng pertama perlu diberi
keutamaan.
Pada
aksi menentang Brunei di Stadium Zeyyer Thiri, jentera serangan skuad negara
yang diketuai Rozaimi Abd. Rahman, Izzaq Rafis Ramlan dan A Thamil Arasu
mempersia-siakan banyak peluang untuk menjaringkan gol.
Selain
itu, kerapuhan benteng pertahanan hampir menyebabkan gawang Harimau Muda
dibolosi menerusi beberapa percubaan jentera penyerang berbahaya Brunei
terutamanya kelincahan Muhammad Azwan Ali Rahman.
Namun,
Kim Swee tidak cepat melatah dan menganggap situasi itu adalah satu perkara
biasa.
"Selepas
menamatkan perlawanan semalam, moral pemain-pemain tidak jatuh tetapi saya
nampak reaksi mereka tidak gembira dengan keputusan itu.
"Persaingan
dalam kumpulan ini masih terbuka. Singapura yang seri 1-1 dengan Laos pada
perlawanan pertama berjaya menewaskan Vietnam yang membelasah Brunei 7-0
semalam.
"Jadi,
tidak ada pasukan belasahan dalam kumpulan ini. Meskipun Brunei tewas dalam
kedua-dua perlawanan pertama, mereka juga mampu menjadi pasukan pengacau,"
kata Kim Swee.
Kim
Swee berkata, masih terlalu awal untuk membuat penilaian mengenai kelemahan dan
kekuatan Harimau Muda kerana mereka baru beraksi satu perlawanan.
Katanya,
sasaran utama adalah melayakkan diri ke separuh akhir dan jika sasaran itu
berjaya dicapai, baru beliau akan memikirkan mengenai kelemahan jentera
serangan dan pertahanan.
Pada
aksi menentang Brunei, Harimau Muda hanya memperoleh gol pertama pada minit
ke-30 menerusi Rozaimi sebelum Ashri Chuchu melakukan rembatan dari luar kotak
penalti untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-71.
Dalam
satu lagi perlawanan kelmarin, Singapura menewaskan Vietnam 1-0.
Ketika
ini, Malaysia menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan A di belakang Singapura
dan Vietnam selepas mengumpul tiga mata.
RUJUKAN:
KOSMO ONLINE 12.12.13