Rabu, 11 Disember 2013

Harimau Muda masih belum panik

KIM SWEE (kanan) dijangka memperbaiki kelemahan yang timbul menjelang pertemuan menentang Laos pada aksi kedua Kumpulan A di Stadium Zeyyer Thiri esok.

NAY PYI TAW, Myanmar - Pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee dijangka mencongak strategi lebih berkesan menjelang aksi kedua Kumpulan A menentang Laos petang esok.

Kim Swee perlu melakukan sedikit perubahan terutama di beberapa posisi berdasarkan persembahan pemain-pemainnya ketika menewaskan Brunei 2-0 pada aksi pembukaan kelmarin.

Bagaimanapun, ketumpulan jentera serangan dan kerapuhan benteng pertama perlu diberi keutamaan.

Pada aksi menentang Brunei di Stadium Zeyyer Thiri, jentera serangan skuad negara yang diketuai Rozaimi Abd. Rahman, Izzaq Rafis Ramlan dan A Thamil Arasu mempersia-siakan banyak peluang untuk menjaringkan gol.

Selain itu, kerapuhan benteng pertahanan hampir menyebabkan gawang Harimau Muda dibolosi menerusi beberapa percubaan jentera penyerang berbahaya Brunei terutamanya kelincahan Muhammad Azwan Ali Rahman.

Namun, Kim Swee tidak cepat melatah dan menganggap situasi itu adalah satu perkara biasa.

"Selepas menamatkan perlawanan semalam, moral pemain-pemain tidak jatuh tetapi saya nampak reaksi mereka tidak gembira dengan keputusan itu.

"Persaingan dalam kumpulan ini masih terbuka. Singapura yang seri 1-1 dengan Laos pada perlawanan pertama berjaya menewaskan Vietnam yang membelasah Brunei 7-0 semalam.

"Jadi, tidak ada pasukan belasahan dalam kumpulan ini. Meskipun Brunei tewas dalam kedua-dua perlawanan pertama, mereka juga mampu menjadi pasukan pengacau," kata Kim Swee.

Kim Swee berkata, masih terlalu awal untuk membuat penilaian mengenai kelemahan dan kekuatan Harimau Muda kerana mereka baru beraksi satu perlawanan.

Katanya, sasaran utama adalah melayakkan diri ke separuh akhir dan jika sasaran itu berjaya dicapai, baru beliau akan memikirkan mengenai kelemahan jentera serangan dan pertahanan.

Pada aksi menentang Brunei, Harimau Muda hanya memperoleh gol pertama pada minit ke-30 menerusi Rozaimi sebelum Ashri Chuchu melakukan rembatan dari luar kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-71.

Dalam satu lagi perlawanan kelmarin, Singapura menewaskan Vietnam 1-0.

Ketika ini, Malaysia menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan A di belakang Singapura dan Vietnam selepas mengumpul tiga mata.

RUJUKAN: KOSMO  ONLINE 12.12.13

Jadual Bolasepak Lelaki Sukan SEA Myanmar 2013


Jadual Bolasepak Lelaki
7 Disember 2013 (Sabtu)
BTimor Leste1-3ThailandThuwunna Stadium, Yangoon
BMyanmar3-0CambodiaThuwunna Stadium, Yangoon
8 Disember 2013 (Ahad)
AVietnam7-0BruneiZayar Thiri Stadium, Nay Pyi Taw
ASingapore1-1LaosZayar Thiri Stadium, Nay Pyi Taw
9 Disember 2013 (Isnin)
BCambodia0-1IndonesiaThuwunna Stadium, Yangoon
BMyanmar3-1Timor LesteThuwunna Stadium, Yangoon
10 Disember 2013 (Selasa) os
ABrunei0-2Malaysia
Md Rozaimi Bin Abd Rahman (31'), Ashri ChuChu (71')
Zayar Thiri Stadium, Nay Pyi Taw
AVietnam0-1SingaporeZayar Thiri Stadium, Nay Pyi Taw
12 Disember 2013 (Khamis) mf
BIndonesia17:30ThailandThuwunna Stadium, Yangoon
BCambodia20:15Timor LesteThuwunna Stadium, Yangoon
13 Disember 2013 (Jumaat) mf
AMalaysia17:30LaosZayar Thiri Stadium, Nay Pyi Taw
ABrunei20:15SingaporeZayar Thiri Stadium, Nay Pyi Taw
14 Disember 2013 (Sabtu)
BTimor Leste17:30IndonesiaThuwunna Stadium, Yangoon
BThailand20:15MyanmarThuwunna Stadium, Yangoon
15 Disember 2013 (Ahad) mf
ASingapore17:30MalaysiaZayar Thiri Stadium, Nay Pyi Taw
ALaos20:15VietnamZayar Thiri Stadium, Nay Pyi Taw
16 Disember 2013 (Isnin)
BThailand17:30CambodiaThuwunna Stadium, Yangoon
BIndonesia20:15MyanmarThuwunna Stadium, Yangoon
17 Disember 2013 (Selasa) di
AMalaysia17:30VietnamZayar Thiri Stadium, Nay Pyi Taw
ALaos20:15BruneiZayar Thiri Stadium, Nay Pyi Taw
18 Disember 2013 (Rabu)
Rehat/Rest Day
19 Disember 2013 (Khamis)
SFJuara A17::30Naib Juara BZayar Thiri Stadium, Nay Pyi Taw
SFJuara B21:00Naib Juara AZayar Thiri Stadium, Nay Pyi Taw
20 Disember 2013 (Jumaat)
Rehat/Rest Day
21 Disember 2013 (Sabtu)
GANGSAKalah SF117:30Kalah SF2Zayar Thiri Stadium, Nay Pyi Taw
EMASMenang SF121:00Menang SF2Zayar Thiri Stadium, Nay Pyi Taw
RUJUKAN:http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2013/11/bola-sepak-sukan-sea-2013.html

Harimau Muda perlu lebih garang semasa jumpa Laos nanti

NAY PYI TAW - Misi pasukan Harimau Muda untuk mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan SEA bermula dengan nota yang sedikit mencemaskan apabila sekadar menang 2-0 ke atas Brunei pada perlawanan sulung Kumpulan A di Stadium Zeyyer Thiri, semalam.


Jangkaan awal untuk Malaysia menang dengan jaringan besar ternyata meleset apabila hanya dua gol mampu dicipta melalui Mohd. Rozaimi Abd. Rahman, pada minit ke-30 dan Ashri Chucu pada minit ke-70.

Kejayaan meraih tiga mata ini tidak wajar membuatkan anak-anak Datuk Ong Kim Swee berasa terlalu gembira kerana aksi yang dipamerkan oleh mereka terlalu jauh untuk diiktiraf sebagai calon juara Sukan SEA Myanmar ke-27.

Malah, tidak keterlaluan untuk menganggap pasukan negara sebenarnya boleh dianggap bernasib baik menang dalam perlawanan itu ekoran ketumpulan penyudah Brunei yang difahamkan dibarisi majoriti pemain di Bawah 19 tahun.

Terlalu banyak kelemahan ketara dapat dilihat terutama di bahagian tengah yang gagal mengawal permainan sehingga banyak membiarkan pasukan lawan berjaya melakukan serangan balas berulang kali ke dalam kawasan penalti pasukan negara.

Taktikal pasukan Brunei yang melakukan kepungan ke atas pemain negara semasa bertahan jelas begitu menjadi yang menyebabkan skuad Harimau Muda terkapai-kapai mengawal permainan.

Penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan menjadi pemain paling banyak mensia-siakan peluang di dalam kotak penalti apabila banyak percubaannya tersasar atau diselamatkan penjaga gol, selain Thamil Arasu dan Rozaimi.

Ketiadaan Junior Eldstal di bahagian tengah jelas memberikan banyak masalah buat Kim Swee kerana Nazmi yang banyak ditugaskan sebagai pemain tengah bertahan, jelas tidak dapat membantu.

Setelah beberapa kali hampir dikejutkan oleh Brunei, Rozaimi memberikan kelebihan kepada pada pasukan negara apabila bijak memanfaatkan hantaran jauh Mohd. Irfan Fazail.

Brunei hampir menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian namun mujur Azwan Ali Rahman gagal menyepak tepat ke arah pintu gol Malaysia.

Babak kedua memperlihatkan aksi pasukan negara semakin goyah dengan Brunei semakin banyak menguasai permainan dan bijak mengeksploitasi kelemahan di barisan pertahanan negara.

Pemain kelahiran Sarawak, Ashri Chuchu, akhirnya memberikan kelegaan kepada pasukan negara apabila golnya pada minit ke-70 memastikan Malaysia membawa pulang tiga mata penting.

Laos yang masih segar dengan kejayaan mengikat Singapura 1-1 pada perlawanan pertama mereka akan menjadi lawan kedua pasukan negara pada 13 Disember ini. - Utusan
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131211/su_04/Harimau-Muda-perlu-lebih-garang-semasa-jumpa-Laos-nanti#ixzz2nAbK2VBI
© Utusan Melayu (M) Bhd

RUJUKAN :UTUSAN ONLINE 11.12.13

Kim Swee geram

Rozaimi (depan) meraikan gol pertama negara menentang Brunei di Stadium Zayar Thiri, Nay Pyi Taw, semalam.
NAY PYI TAW - Jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee boleh disifatkan sebagai individu paling tidak gembira selepas melihat skuad kendaliannya sekadar menang 2-0 ke atas Brunei pada perlawanan pertama Kumpulan A Sukan SEA Myanmar.

Perkara yang paling membuatkan Kim Swee berasa geram adalah melihatkan ketumpulan penyudah anak-anak buahnya yang bagaikan gementar setiap kali berada di hadapan pintu gol.

Bagaimanapun, beliau mengakui masih boleh menarik nafas lega kerana tiga mata berjaya digenggam pada perlawanan pertama sekali gus memastikan kempen negara pada acara bola sepak masih berjalan dengan lancar.

''Terus-terang saya memang tidak gembira dengan persembahan kita, walaupun berjaya mencipta banyak peluang namun gagal menyempurnakannya.

''Kegagalan kita memanfaatkan peluang secara tidak langsung memberikan keyakinan kepada lawan untuk melancarkan serangan.

''Kita perlu memperbaiki kelemahan kita pada perlawanan akan datang terutama di bahagian sayap dan serangan.

''Bukan sekadar Izzaq Faris (Ramlan), tetapi beberapa pemain lain seperti Thamil Arasu, Rozaimi dan Irfan Fazail juga gagal menyudahkan peluang," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan, semalam.

Tambah Kim Swee, Brunei juga beraksi sebagai satu pasukan yang bagus, malahan beberapa serangan balas yang mereka lakukan hampir memerangkap pasukannya.

''Semasa mereka bertahan dan berpeluang melakukan serangan balas, mereka memang sebuah pasukan yang nampak berbahaya.

''Mujur kita mampu bertahan dengan baik di samping lawan gagal menyempurnakan peluang yang ada," katanya.

Sementara itu, jurulatih Brunei, Kwon Oh Soon, mengakui sedikit terkejut melihat cara permainan pasukan Malaysia.

''Setahu saya Malaysia adalah sebuah pasukan yang bagus dan pernah menyaksikan cara anda bermain.

''Cuma pada hari ini saya nampak persembahan mereka tidak begitu menjadi dan kesempatan itu diambil oleh para pemain saya," katanya.

Jangkaan awal untuk Malaysia menang dengan jaringan besar ternyata meleset apabila hanya dua gol mampu dicipta melalui Mohd. Rozaimi Abd. Rahman, pada minit ke-30 dan Ashri Chucu pada minit ke-70. - Utusan

Sumber rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131211/su_01/Kim-Swee-geram#ixzz2n7HYG4ev © Utusan Melayu (M) Bhd

Safee Sali kahwin lagi

JAMILAH HAMZAH

9 Disember 2013
 safee
safee
SHAH ALAM - Desas-desus pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Safee Mohd Sali yang dikaitkan dengan seorang wanita warga Indonesia akhirnya benar.

Nama Mohd Safee terus menjadi bualan pengunjung media sosial yang akan mengakhiri zaman solonya buat kali kedua bersama wanita pujaannya, Sasha.

Perkara itu terbukti apabila beberapa keping gambar kad kahwinnya turut tersebar di media sosial.

Mohd Safee, 29, akan mengadakan majlis resepsinya pada 28 Disember, ini.

Sebelum ini, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabrina Yusoff pada 2007 dan bercerai pada 2012.

Dalam perkahwinan itu, beliau  telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

RUJUKAN: SINAR HARIAN ONLINE 10.12.2013

Ryukyu, jangan ambil aset kami!

MOHD FIRDAUS HASHIM

9 Disember 2013
 Ryukyu, jangan ambil aset kami!
 Ryukyu, jangan ambil aset kami! Nazmi (kanan) kini dikaitkan dengan kelab Jepun, FC Ryukyu. - Foto Sinar Harian Oleh: SAFWAN MANSOR
KEPINTARAN dan ketepatan hantaran yang dimiliki pemain tengah pasukan PKNS yang juga tonggak utama Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor, merupakan nadi utama buat pasukan Wan Jamak Wan Hassan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan.

Menurut jurulatih baru PKNS itu, Wan Jamak meletakkan harapan yang tinggi di bahu bintang muda negara itu bagi mencorak gaya permainan yang diingini oleh jurulatih berpengalaman itu.

“Saya telah mengikuti perkembangan Nazmi semenjak beliau berusia 17 tahun lagi. Beliau memiliki gerakan-gerakan yang pantas, hantaran pendek dan jauh yang tepat serta pintar dalam mengatur corak permainan buat pasukan.

“Saya akan terapkan cara dan gaya permainan yang diinginkan ke dalam pasukan ini, dan  melihat Nazmi mampu mencorakkannya. Dia aset penting buat pasukan dan jika boleh saya mahu Nazmi kekal,” katanya ketika dihubungi.

Jelas Wan Jamak, beliau langsung tidak terganggu dengan laporan media sebelum ini yang mengatakan, pengendali kelab FC Ryukyu, Norihiro Satsukawa yang ingin mendapatkan khidmat bekas pemain kelab Portugal, SC Beira–Mar  buat menyarung jersi kelab

Jepun yang bermain dalam divisyen tiga Liga Jepun (Liga-J).

“Perkara tersebut saya tidak mahu komen. Saya rasa biarlah Presiden PKNS yang menjawabnya. Lagipun saya belum lagi bertemu Nazmi untuk berbincang dengannya.

“Biarlah anak muda itu memberi tumpuan sepenuhnya di Sukan Sea dulu. Itu bagi saya misi yang lebih penting buat Nazmi dan rakan-rakanya ketika ini,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Wan Jamak berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan anak-anak buahnya pada perlawanan persahabatan bertemu Sime Darby, walaupun tewas 2-0, kelmarin.

“Pada perlawanan persahabatan semalam (kelmarin), saya menurunkan ramai pemain-pemain daripada skuad Piala Presiden PKNS bagi memberi pendedahan awal kepada mereka.

“Kita perlu mempersiapkan barisan muda ini dari sekarang, kerana jika berlakunya kecederaan atau penggantungan kepada pemain pemain utama, mereka itulah yang mampu mengisi tempat pemain senior nanti,” katanya.

RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE 10.12.2013

Harimau Muda A mampu hadiahkan pingat emas

9 Disember 2013

 Ong Kim Swee
 Ong Kim Swee Ong Kim Swee
NAYPYITAW - Pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee yakin dengan kemampuan gandingan pemain baharu dan tujuh pemain skuad Sukan SEA 2011 untuk mempertahankan gelaran pada Sukan SEA edisi ke-27 di sini.

Kejayaan merangkul kejuaraan Pestabola Merdeka ke-41, September lepas adalah isyarat awal membuktikan bahawa barisan Kim Swee bersedia merebut ‘ibu segala pingat’ pada temasya itu walaupun Myanmar, selaku tuan rumah, turut menyasarkan pingat emas.

Kim Swee berkata sekiranya semua pemain dapat memberi fokus terbaik pada perlawanan menentang Brunei pada cabaran  pertama peringkat kumpulan B esok maka adalah tidak mustahil bagi Malaysia untuk mengulangi kejayaan yang sama pada perlawanan berikutnya.

"Saya yakin dan percaya kemenangan pertama adalah permulaan yang mampu memberi kesan positif kepada pasukan bagi meneruskan kempen di temasya dwitahunan ini," katanya kepada Bernama hari ini.  

Beliau berkata perlawanan kedua, ketiga dan seterusnya akan menjadi lebih mudah sekiranya Malaysia mampu mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pembukaan esok.

Kim Swee berkata selagi pemain mengikut perancangan awal seperi mana yang ditetapkan sebelum ini maka pasukan itu tidak perlu risau dengan cabaran yang menanti.

"Saya sentiasa ingatkan pemain agar sentiasa ikut arahan asal tidak kira pasukan mana yang menanti mereka pada  perlawanan berikutnya," katanya.   

Beliau berkata tidak salah jika pemain rasa risau berhadapan dengan pasukan yang kuat seperti Vietnam.

"Tahap permainan kita dan Vietnam tidak banyak beza di mana mereka turut menguna pemain yang sama sejak tiga tahun lepas namun mereka mungkin mempunyai kelebihan dari segi persefahaman antara pemain,” katanya.

Jurulatih kelahiran Melaka itu berkata sekiranya Malaysia telah berjaya mara ke suku akhir pasukan yang bakal memberi cabaran kepada negara ialah pasukan Thailand dan Myanmar kerana mereka dipercayai mempunyai kekuatan tersendiri.

Kim Swee berkata beliau masih mencari-cari strategi yang sesuai diguna pakai sepanjang kempen Sukan SEA kerana  perlu mengkaji banyak perkara terlebih dahulu termasuk mencari rahsia kekuatan dan kelemahan pasukan lawan terlebih dahulu.

"Saya perlu lihat beberapa perlawanan terlebih dahulu sebelum dapat menghidu apakah bentuk strategi lawan,"  katanya.   

Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama Vietnam, Singapura, Brunei dan Laos.

Pada aksi pembuka tirai kumpulan B semalam, Vietnam mengalahkan Brunie 7-0 manakala Singapura dan Laos terikat seri 1-1. – Bernama.

RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE 10.12.2013