Sabtu, 12 Oktober 2013

PENJARING TERBANYAK PIALA MALAYSIA 2013

PENJARING TERBANYAK PIALA MALAYSIA 

OLEH -MATSMKJ2
1.7 GOL
                                         MARLON ALEX JAMES

                                                PATRICK RONALDINHO WLEH
MATIAS CONTI
MUAMER SALIBASIC
6 GOL
DICKSON NWAKAEME
5 GOL
                                        INDRA PUTRA MAHAYUDDIN

PENJARING TERBANYAK PIALA MALAYSIA 2013-MATSMKJ2

PENJARING TERBANYAK PIALA MALAYSIA 2013


Rank
Player
Club
Goals
1
7
7
7
7
5
6
6
5
5
5
9
4
 Alen Guć
4
4
4
13
3
3
3
3
3
3
3
3
3

Selasa, 8 Oktober 2013

FAM: Indra Putra tidak akan didakwa

  • NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
    8 Oktober 2013
  • indra
 1 / 1 
PEMAIN Kelantan, Indra Putra Mahayuddin mampu menarik nafas lega apabila beliau tidak akan dikenakan denda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan insiden menyiku penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha pada suku akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Indra Putra tidak akan didakwa apabila tiada laporan yang diterima pihaknya daripada pegawai perlawanan mengenai insiden tersebut.

"Laporan mengenai perlawanan tersebut saya sudah terima semalam (Isnin) tetapi laporan untuk insiden itu tiada.

"Malah laporan dari kedua-dua pasukan juga tidak diterima, jadi setakat ini tiada apa tindakan yang akan diambil kepada Indra Putra.

"Bagaimanapun, sekiranya ada laporan selepas ini kita akan melihat berdasarkan peraturan yang ada kerana kita perlu adil kepada kedua-dua pihak. Namun setakat ini tiada kes atau laporan," katanya selepas sidang media mengenai Persiapan Harimau Muda A ke Sukan Sea di Wisma FAM, hari ini.

Dalam laporan media tempatan baru-baru ini melaporkan Indra Putra bakal berdepan tindakan FAM selepas dia didakwa menyiku Norshahrul ketika pertembungan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV.

Ekoran insiden itu, pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu mengalami kecederaan hidung dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan.

Malah difahamkan kecederaan yang menimpa Norshahrul mungkin lebih serius daripada yang dijangka selepas dia difahamkan tidak berlepas ke Shenzhen, China bersama Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan menentang Emiriah Arab Bersatu.

Bagaimanapun, penyerang Kelantan itu menafikan dia sengaja menyiku muka Norshahrul mahupun menyimpan niat jahat untuk mencederakan bekas pemain The Red Warriors (TRW) itu.

Indra Putra berkata, sebagai pemain profesional, dia menghormati peraturan bola sepak negara dan sedar sebarang kekasaran yang dilakukan secara sengaja boleh mengundang padah.
RUJUKAN:SINAR HARIAN ONLINE 8.10.13

KEJOHANAN AFC U19 2014



Undian kelayakan AFC B19 tahun 2014.

Juara setiap 9 kumpulan iaitu 5 dari Zon Barat dan 4 dari Zon Timur berserta 6 pasukan di tempat kedua terbaik bersama tuanrumah akan layak ke Kejohanan AFC U19 2014 pada Oktober di Myanmar.

Kumpulan A (Tuanrumah: Qatar): Uzbekistan, Qatar, India, Turkmenistan, Nepal
Kumpulan B (Jordan): Jordan, UAE, Yemen, Maldives, Afghanistan
Kumpulan C (Iraq): Iraq, Kuwait, Pakistan, Bangladesh
Kumpulan D (Iran): Iran, Saudi Arabia, Lebanon, Tajikistan
Kumpulan E (Palestine): Syria, Oman, Bahrain, Palestine
Kumpulan F (Hong Kong): Australia, Vietnam, Chinese Taipei, Mongolia, Hong Kong
Kumpulan G (Indonesia): Korea Rep, Indonesia, Laos, Guam, Philippines
Kumpulan H (Thailand): DPR Korea, Thailand, Singapore, Brunei
Kumpulan I (China): Japan, China, Malaysia, Macau

8 Oktober 2013: Malaysia 1-3 China
1 Ahmad Syihan Hazmi Mahamed, 8 Muhammad Irfan Zakaria, 17 Muhammad Jafri Firdaus Chew Abdullah, 19 Muhammad Arif Mohamaed Anwar, 20 Thanabalan Nadarajah, 25 Mohamad Faris Shah Mohd Rosli (C), 27 Adam Shafiq Fuaad, 28 Muhammad Fauzan Mohd Fauzi, 29 Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar, 30 Adam Nor Azlin, 31 Muhammad Ariff Farhan Bin Md Isa

Simpanan
2 Johar Adli Joharudin, 5 Abdul Rahim Abdul Razak, 6 Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik, 7 Muhamad Syazwan Zaipol Bahari, 12 Mohamad Raphi Azizan Mariappen, 13 Muhammad Alif Haikal, 14 Awang Ku Mohd Hamirullizam, 15 Muhammad Amirul Ashraf Din, 18 Kannan Kalaiselvan, 22 Amierul Hakimi Awang, 24 Muhammad Adib Zainudin, 26 Nur Shamie Iszuan Amin

Ketua Jurulatih: AMINUDDIN BIN HUSSIN 
Senarai 23 pemain
JERSINAMA PEMAINTARIKH LAHIRNAMA JERSIPOSISI
1Ahmad Syihan Hazmi Mahamed22.02.1996SYIHANGK
2Johar Adli Joharudin17.03.1995JOHARDF
5Abdul Rahim Abdul Razak18.01.1995RAHIMFW
6Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik15.05.1995AMIRULMF
7Muhamad Syazwan Zaipol Bahari24.02.1995SYAZWANDF
8Muhammad Irfan Zakaria04.06.1995A.IRFANMF
12Mohamad Raphi Azizan Mariappen28.01.1996RAPHIDF
13Muhammad Alif Haikal19.10.1995ALIF.HFW
14Awang Ku Mohd Hamirullizam23.01.1995ANGAHMF
15Muhammad Amirul Ashraf Din17.05.1995A.ASHRAFFMF
17Muhammad Jafri Firdaus Chew Abdullah11.06.1997JEFF.CFW
18Kannan Kalaiselvan04.10.1996K.KANNANDF
19Muhammad Arif Mohamaed Anwar14.03.1995ARIFFW
20Thanabalan Nadarajah26.02.1995N.THANAFW
22Amierul Hakimi Awang15.01.1995KIMYGK
24Muhammad Adib Zainudin15.02.1995ADIBDF
25Mohamad Faris Shah Mohd Rosli17.04.1995FARISDF
26Nur Shamie Iszuan Amin10.09.1995SHAMIEFW
27Adam Shafiq Fuaad15.02.1995A.SHAFIQFW
28Muhammad Fauzan Mohd Fauzi07.01.1995FAUZANDF
29Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar20.04.1996FADZILAHDF
30Adam Nor Azlin06.01.1996ADAMFW
31Muhammad Ariff Farhan Md Isa04.07.1996FARHANDF
Kumpulan IPMSKJBPGMata
Japan11006063
China P.R11003123
Malaysia100113-20
Macau100106-60

Isnin, 7 Oktober 2013

ATM lebih kuat dari JDT

PEMAIN Kelantan, Obinna Nwaneri cuba menanduk bola namun berjaya ditangkap penjaga gol Johor Darul Takzim, Zulfadhli Mohamed pada aksi suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin. - UTUSAN/Irwan Majid
Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU - Pengendali Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan lawan yang bakal ditentang pada separuh akhir Piala Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah pasukan yang lebih kental berbanding pencabar mereka di suku akhir, Johor Darul Takzim (Johor DT).
Kata Hodak, kemampuan skuad The Gladiators itu menumbangkan juara Liga Super, LionsXII dengan kemenangan besar 4-1 pada suku akhir kedua, Jumaat lalu membuktikan mereka memiliki barisan pemain yang amat berbahaya. ATM mara ke separuh akhir dengan agregat 4-2.
Hodak turut menambah, penyerang ATM, Marlon Alex James yang kini berada pada tahap terbaiknya antara yang perlu diberi perhatian serius apabila kedua-dua pasukan berentap pada separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 19 Oktober ini.
"Pada saya ATM adalah lawan yang lebih bagus kerana mereka memiliki semangat juang yang sangat tinggi. Selepas kalah 0-1 kepada LionsXII di Singapura, mereka cuba bangkit dan berjaya mencatat kemenangan besar di tempat sendiri.
"Malah, kekuatan utama mereka juga terletak kepada Marlon Alex James yang kini berada pada prestasi terbaik. Sudah tentu, kami harus memberi tumpuan kepada pemain ini apabila bertemu nanti," ujar Hodak.
Hodak turut mengakui, beliau tidak pernah menyangka pasukannya mampu membenam Johor DT menerusi jaringan yang besar, sambil menyifatkan kemenangan 6-1 yang dilakar sebagai persembahan terbaik pernah dipamer anak-anak buahnya.
Jurulatih kelahiran Croatia itu membawa Kelantan ke separuh akhir menerusi agregat 8-5 selepas berpesta gol ke atas Harimau Selatan di depan ribuan penyokong sendiri di Stadium Sultan Muhammad IV.
Hodak berkata, semangat juang tinggi pemainnya untuk bangkit daripada kekalahan 4-2 pada separuh akhir pertama di Johor Bahru mendorong mereka untuk beraksi cemerlang.
"Saya gembira dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh barisan pemain kami. Walaupun ketinggalan dengan dua jaringan selepas tumbang 2-4 dalam aksi pertama, namun mereka tidak mudah berputus asa dan berjaya menyerap tekanan.
"Kemenangan besar ini turut mencerahkan peluang Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia," kata Hodak.
Mengulas mengenai pertemuan dengan ATM, Hodak berkata, beliau mahu menggunakan tempoh rehat dua minggu untuk merangka strategi terbaik bagi berdepan ATM.
Beliau juga berharap Shakir Shaari dan Nik Shahrul Azim Abdul Halim pulih dari kecederaan menjelang perlawanan tersebut.

RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131007/su_02/ATM-lebih-kuat-dari-JDT#ixzz2h30C9wHt 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


'Saya akan letak jawatan'

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU - Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sekiranya beliau gagal membimbing skuad Harimau Selatan menjulang sebarang piala musim depan.
Itu janji dibuat Tunku Ismail kepada peminat bola sepak negeri ini seperti disiarkan di laman sosial Facebook Johor Fan Club, sekali gus menunjukkan betapa seriusnya beliau mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri ini.
Kenyataan Tunku Mahkota Johor hadir sejurus selepas pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) kalah besar 1-6 kepada Kelantan di Kota Bahru, kelmarin dan menyebabkan skuad bimbingan Azmi Mohamed itu tersingkir daripada saingan Piala Malaysia.
Namun, Tunku Mahkota Johor itu melihat kekalahan tersebut sebagai suatu yang positif dan yakin kegagalan tidak akan berterusan sambil mengibaratkan keputusan kelmarin seperti cuaca buruk, ia tidak kekal lama.
"Hari ini pasukan kita tidak bernasib baik, tetapi ia tidak bermakna Johor gagal.
"Kita merupakan kuasa baharu yang sedang bangkit, kekalahan hari ini adalah kemenangan hari esok. Saya bersama anda semua berkongsi keperitan sama," katanya.
Tunku Ismail juga berpendapat tidak salah untuk seseorang itu mempunyai cita-cita yang tinggi tetetapi pada masa sama perlu sanggup menempuh kegagalan kerana hanya dengan semangat serta kesungguhan, apa sahaja mampu dicapai.
"Segala apa yang dicapai musim ini hanyalah permulaan. Kita kalah dalam perlawanan ini tetapi semangat untuk membina empayar bola sepak yang hebat tidak pernah luntur. Kejayaan tidak datang dengan sekelip mata, ia memerlukan masa.
"Masa tersebut akan bermula pada 22 November ini," katanya tanpa penjelasan lanjut berhubung tarikh berkenaan.
Beliau turut memberitahu keinginannya yang mahukan impian masa hadapan lebih baik daripada sejarah lalu.
"Hidup mati Johor," katanya.


RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131007/su_01/Saya-akan-letak-jawatan#ixzz2h2zKpxet
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Annuar: TMJ tak perlu berundur

  • NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
    7 Oktober 2013
  • Annuar MusaTan Sri Annuar Musa
 1 / 2 
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa tidak bersetuju tindakan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sekiranya beliau gagal membimbing skuad Harimau Selatan menjulang sebarang piala musim depan.

Menurut Annuar, keputusan itu tidak wajar dibuat memandangkan terlalu banyak jasa yang telah dibuat oleh Tunku Ismail demi membangunkan nama bola sepak Johor.

"Tunku Ismail tak perlu berundur hanya kerana tidak dapat sebarang piala. Sebenarnya baginda cukup berjaya membawa aura segar bola sepak Johor.

"Pengorbanan baginda tersangat besar. Pasukan dan kelab penyokong Johor amat mengkagumkan saya. Mungkin tahun 2014 tahun untuk Johor, siapa tahu kerana setiap usaja akan ada hasilnya.

"Saya harap Tunku Ismail akan teruskan usaha itu, InsyaAllah berjaya," katanya menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tunku Ismail yang akan meletakkan jawatan sebagai Presiden PBNJ sekiranya beliau gagal membimbing skuad Harimau Selatan menjulang sebarang piala musim depan.

Janji Tunku Ismail itu dibuat kepada peminat bola sepak negeri ini seperti disiarkan di laman sosial Facebook Johor Fan Club, sekali gus menunjukkan betapa seriusnya beliau mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri ini.

Kenyataan Tunku Mahkota Johor hadir sejurus selepas pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) kalah besar 1-6 kepada Kelantan di Kota Bahru, Sabtu lepas dan menyebabkan skuad bimbingan Azmi Mohamed itu tersingkir daripada saingan Piala Malaysia.RUJUKAN: SINAR HARIAN ONLINE 7.10.13