HARIMAU MALAYA KALAH LAGI
HARIMAU MALAYA KALAH 0-5 DITANGAN SHONAN BELLMARE KELAB KEDUA TERCOROT LIGA DIVISYEN 1 JEPUN
Dua kekalahan berturut-turut dialami oleh skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K.Rajagopal dalam siri latihan dan aksi perlawanan persahabatan di Tokyo, Jepun mengundang rasa kecewa Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin. Selepas tewas 2-0 kepada pasukan tangga ke-11 Liga Divisyen 1 Jepun, Shimizu S-Pulse, Khamis lalu, skuad Rajagopal menerima aib lebih besar apabila dibelasah 5-0 oleh pasukan kedua tercorot Liga Divisyen 1 Jepun, Shonan Bellmare, samalam.[1]
Prestasi tidak menentu skuad Harimau Malaya kendalian Rajagopal tampak ketara apabila sepanjang 12 perlawanan tahun ini, mereka hanya menang dua kali, seri sekali dan tewas sembilan kali, sekaligus menerbitkan rasa bimbang apakah keputusan bakal diperolehi apabila mereka berdepan kelab gergasi Sepanyol di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 Ogos ini.[2]
Sebelum bertolak ke Jepun Ketua Pasukan Malaysia Safiq ke mejanjikan aura kemenangan kepada pasukan kebangsaan. Safiq Rahim yang baru pulih daripada kecederaan mengatakan pasukan Harimau
Malaya telah menunjukkan peningkatan positif semasa perlawanan menentang Chelsea lepas. Saya fikir rakyat Malaysia turut kecewa dengan keputusan ini. Sepatutnya FAM dah nampak kekurangan K.Rajagopal, oleh itu carilah jurulatih baru yang lebih baik dan berwibawa seperti yang dibuat oleh pasukan Johor JDT. Lagipun perlawanan dalam bulan puasa boleh menjejaskan prestasi pemain Harimau Malaya yang rata-rata berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan