Selasa, 27 Ogos 2013

Mahalli mahu tebus kesilapan

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD hafiz.ahmad@utusan.com.my

Mahalli (kiri) cuba melepasi halangan pemain ATM, Hairuddin Omar dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu. Selangor tewas 2-3. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi
KUALA LUMPUR - Bek kanan Selangor, Mahalli Jasuli berjanji untuk bangkit menebus kesilapan pertahanan Selangor yang 'menghadiahkan' dua gol mudah kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sabtu lalu dengan memburu tiga mata sulung mereka ke atas Sime Darby, malam ini.
Mengakui kehilangan tumpuan bagi kedua-dua gol di Shah Alam itu, pertahanan Harimau Malaya ini turut menafikan kelonggaran persefahaman sesama rakan menyumbangkan kekalahan yang tidak sepatutnya ditanggung juara Piala Malaysia 32 kali.
"Memang saya akui kami lepaskan dua gol mudah kepada ATM. Kami hilang tumpuan tetapi bukan bermakna persefahaman dengan rakan longgar ketika itu. Hanya sedikit kelalaian, kami dihukum dengan gol, namun kami janji untuk menebusnya apabila menentang Sime Darby.
"Hanya menang menjadi satu-satunya pilihan Selangor bagi baki perlawanan Kumpulan A Piala Malaysia. Tiada mata wajar terlepas lagi dan kami tidak menganggap bermain di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebagai gelanggang lawan kerana tempatnya masih di negeri Selangor.
"Saya turut menyeru warga Selangor di sekitar Selayang kembali memenuhi stadium itu bagi menyuntik semangat pasukan biarpun kami akan tampil sebagai pelawat," katanya yang antara mendapat perhatian jurulatih Merah Kuning, Irfan Bakti Abu Salim gara-gara gol 'hadiah' buat ATM itu.
Mengenai Sime Darby yang menewaskan ATM 4-3, Selasa lalu tetapi dikejutkan Johor 1-2, hujung lalu kata Mahalli, kelab Kuala Lumpur itu tetap wajar dihormati apatah lagi Selangor sebagai pasukan Liga Super, belum pernah bertemu lawan yang juga naib juara Liga Perdana itu pada musim ini.
"Menentang lawan yang tidak biasa ditemui sebelumnya dalam musim ini pasti sukar dan saya akui Sime Darby punya kekuatan dan kelebihan tertentu tetapi kami tetap turun dengan misi memburu kemenangan, tidak kurang daripada itu," ujar anak jati Selayang berusia 24 tahun ini.
Seperti Selangor yang dihukum kerana kelekaan pertahanan, jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria menyeru anak-anak buahnya supaya tidak lagi mengulangi kesilapan sama kerana memberikan gol kepada Johor biarpun setelah bermain bagus di gelanggang lawan, Sabtu lalu.
"Kami wajar berhati-hati dengan Selangor kerana pasukan yang belum pernah menang selepas dua perlawanan kumpulan ini, pasti lebih garang dan kami pula bakal kehilangan pemain import dari Togo, Togaba Kontiwa (penjaring dua gol ke atas ATM) yang tercedera kali ini.
"Justeru bagi bahagian tengah saya akan cuba tampilkan gandingan Muhd. Syuhur Saidin dan Fadzli Saari bagi menampung ketiadaannya," kata Ismail yang masih boleh menarik nafas lega untuk menurunkan penyerang dari Croatia, Karlo Primorac - penjaring terbanyak Liga Perdana 2013.
RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130827/su_03/Mahalli-mahu-tebus-kesilapan 

Isnin, 26 Ogos 2013

PENJARING TERBANYAK SELEPAS DUA PERLAWANAN PIALA MALAYSIA

S.SIVANESAN PENJARING TERBANYAK PIALA MALAYSIA- 
OLEH AHMAD YAAKOB.

S . Sivanesan  dlahirkan pada  28 Disember 1990 di Kuala Lumpur, adalah seorang pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang pernah mewakili Harimau Muda. S. Sivanesan mula mewakili Harimau Muda pada tahun 2007 hingga 2009. Pada tahun 2009 beliau mewakili Harimau Muda A dalam Liga Perdana Malaysia dan Berjaya membantu pasukan muncul juara Liga Perdana Malaysia.Pada tahun 2011, Sivanesan dipinjamkan ke Felda United. Kemudian pada tahun 2012 beliau bermain untuk Felda United FC. Kemudian pada tahun 2013 Sivanesan mewakili pasukan bolasepak Negeri Sembilan FA.



Serangan Kelantan masih tumpul

.
Oleh YATIMIN ABDULLAH sukan@kosmo.com.my

NWAKAEME (kanan) dicabar hebat oleh pertahanan Terengganu, Vincent Bikana(15) pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.


JENTERA serangan Kelantan yang diterajui awang import, Dickson Nwakaeme dilihat masih tumpul meskipun The Red Warriors berjaya membenam Terengganu 2-0 dalam aksi Kumpulan C Piala Malaysia 2013 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.
Situasi tersebut diakui sendiri oleh pengendali Kelantan, Bojan Hodak selepas barisan serangannya gagal menyudahkan deretan peluang untuk menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.
Hodak berkata, beliau memandang serius situasi tersebut dan berharap tempoh yang ada menjelang pertemuan dengan Negeri Sembilan malam esok, akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mengatasi masalah berkenaan.
"Harapan saya agar ketumpulan jentera serangan yang dihadapi oleh pasukan Kelantan dapat diperbaiki dengan kadar segera kerana saingan akan menjadi lebih sengit selepas ini.
"Begitupun, masalah ini akan kembali pulih tidak lama lagi dan Nwakaeme semakin mendapat rentak sebenar dengan menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan.
"Anda boleh lihat bagaimana dia berusaha keras dan berjaya membentuk gandingan mantap bersama Mohd. Nor Farhan Mohamad, Indra Putra Mahyuddin dan Piya (Mohd. Badhri Radzi)," kata Hodak ketika ditemui pemberita semalam.
Pada aksi kelmarin, Kelantan memperoleh gol pertama pada minit kesepuluh apabila Nwakaeme yang tidak dikawal berjaya melonjak tinggi untuk menanduk bola hasil lambungan Badhri.
Pemain gantian, Zairol Anuar Zailani menambah derita skuad Peteh dengan meledak gol kedua menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter.
Jika tidak kerana ketumpulan jentera serangan, The Red Warriors berkemungkinan besar berpesta gol dalam perlawanan tersebut.
Terengganu juga seharusnya berterima kasih kepada barisan pertahanan dan penjaga gol, Mohd. Sharmiza Yusoff yang banyak memainkan peranan dalam mengekang setiap asakan Kelantan sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Hodak memberitahu, jaringan awal yang dihasilkan oleh Nwakaeme menjadi pembakar semangat barisan pemainnya dengan menguasai hampir keseluruhan perlawanan menerusi asakan bertali arus ke kubu pasukan lawan.
"Saya gembira dengan keputusan semalam (kelmarin) dan melihat Kelantan telah kembali pada landasan sebenar.
"Jadi saya berharap momentum tersebut dapat diteruskan menjelang pertemuan dengan Negeri Sembilan di Paroi, Selasa ini (malam esok)," katanya.
RUJUKAN: http://www.kosmo.com.my/26.8.20

PERLAWANAN KEDUA KELANTAN.

Hodak kecewa jentera serangan tumpul

Penyerang Kelantan, Dickson Nwakaeme (kanan) diasak pemain Terengganu, Vincent Bikanapada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin. - UTUSAN/Irwan Majid
KOTA BHARU - Biarpun berjaya mengutip tiga mata penuh dengan menumpaskan Terengganu 2-0 dalam aksi kedua Piala Malaysia kelmarin, namun pengendali Kelantan, Bojan Hodak tetap kecewa kerana ketumpulan jentera serangan menyebabkan The Red Warriors gagal berpesta gol.
Tegas Hodak, jentera serangannya gagal menyudahkan banyak peluang untuk menjaringkan gol pada perlawanan tersebut dan beliau memandang serius situasi itu menjelang pertemuan dengan Negeri Sembilan, esok.
"Saya harap masalah ketumpulan jentera serangan yang dialami Kelantan dapat diperbaiki dengan segera kerana saingan akan menjadi lebih sengit selepas ini.
"Namun begitu, saya percaya masalah ini dapat pulih tidak lama lagi kerana Dickson Nwakaeme semakin mendapat rentak sebenar dengan menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan.
"Anda boleh lihat bagaimana dia berusaha keras dan berjaya membentuk gandingan mantap bersama Mohd. Nor Farhan Mohamad, Indra Putra Mahyuddin dan Piya (Mohd. Badhri Radzi) pada perlawanan tersebut," katanya semalam.
Pada perlawanan kelmarin, Kelantan meledak gol pertama pada minit ke-10 apabila Nwakaeme yang tidak dikawal melonjak tinggi untuk menanduk bola hasil lambungan ketua pasukan Mohd. Badhri.
Pemain gantian, Zairol Anuar Zailani menambah derita Skuad Peteh dengan menyumbat gol kedua menerusi sepakan percuma terus dari jarak 25 meter.
Seandainya, ketumpulan jentera serangan tidak menghantui The Red Warriors berkemungkinan besar, juara bertahan itu mampu berpesta gol dalam perlawanan tersebut selepas melancarkan serangan bertali arus ke kubu pelawat.

Sumber Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130826/su_04/Hodak-kecewa-jentera-serangan-tumpul#ixzz2d3wmClCH 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ahad, 25 Ogos 2013

PENJARING TERBANYAK PIALA MALAYSIA SELEPAS DUA PERLAWANAN.

PENJARING TERBANYAK PIALA MALAYSIA 2013-AHMAD YAAKOB
1.    4 GOL S.SIVANESAN- NEGERI SEMBILAN
ALEN GUC-KEDAH

2.    3 GOL
3.    2 GOL


TOGABA
PATRICK RONALDINHO –SELANGOR PKNS FC
GEORGE BOATENG –TERENGGANU T-TEAM
PAOLO RANGEL –PERAK
JOSEPH KALANG TIE- SARAWAK
R.GOPINATHAN-PAHANG















PIALA MALAYSIA 2013

Irfan berang 'gergasi tidur'

Mohd. Amri Yahyah (kiri) cuba dihalang pemain ATM, Mohd Shukor Adan dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, kelmarin. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi
KUALA LUMPUR - Sebelum perlawanan kelmarin, tiada siapa berani meramalkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mampu menang ke atas naib juara Liga Super, Selangor di Stadium Shah Alam namun sebaik sahaja pengadil meniup wisel penamat selepas 90 minit permainan, rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan Red Giants akhirnya lebur apabila tewas 2-3 di tangan The Gladiators.
Kegagalan mencari kemenangan pertama selepas dua perlawanan di peringkat kumpulan amat menghampakan pengendalinya, Irfan Bakti yang melabelkan barisan pertahanannya seperti tidur sepanjang permainan yang membuka ruang kepada ATM mengaut tiga mata penuh di kandang Selangor sendiri.
Baginya, kekalahan itu boleh dielak jika barisan pertahanan dapat mengurangkan kesilapan dan berdisiplin semasa menangkis serangan yang dilakukan oleh pihak lawan.
‘‘Kita memang nampak lemah dalam situasi bola mati, dua gol yang diperolehi lawan datang melalui keadaan itu dan saya hairan kenapa barisan pertahanan saya seolah-olah seperti tidur serta lambat membuat kawalan ke atas pemain-pemain apabila berada dalam kotak penalti.
‘‘Apa yang berlaku memang satu kerugian besar buat pasukan ketika bahagian serangan kita nampak baik, kecuaian barisan pertahanan cukup ketara kerana melepaskan gol-gol yang mudah.
‘‘Manakala gol kedua ATM pula saya sifatkan boleh dielakkan jika pemain lebih fokus dan berdisiplin dalam situasi berkenaan, " katanya kepada Utusan Malaysia.


RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130826/su_03/Irfan-berang-gergasi-tidur#ixzz2d2WmfJOQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PENJARING PIALA MALAYSIA 2013-08-2013

PENJARING PIALA MALAYSIA 2013    -AHMAD YAAKOB                         
1.      EMPAT GOL
S.SIVANESAN – NEGERI SEMBILAN.

2.      TIGA GOL
ALEN GUC – KEDAH

3.      DUA GOL
TOGABA KOMLAN KONTIWA –KL SIME DARBY FC
PATRICK RONALDINHO –SELANGOR PKNS FC
GEORGE BOATENG –TERENGGANU T-TEAM
PAOLO RANGEL –PERAK
JOSEPH KALANG TIE- SARAWAK
R.GOPINATHAN-PAHANG

4.      SATU GOL
IRWAN FAZLY IDRUS, VENICE ELPHI,HAIRUDDIN OMAR,MOHD FITRI OMAR,CHRISTIE JAYASEELAN -ATM
MOHD HADZIRUN HAMID, FAZRUL HAZLI – KL SIMR DARBY FC
MOHD BADHRI RADZI,DICSON NWAKAEME,ZAIRO ANUAR ZAILANI –KELANTAN
DAMION STEWART ,MATIAS CONTI, AZAMUDDIN AKIL,AMIRUL HADI ZAINAL–   PAHANG
FABIO LEANDRO BARBOSA,S.SIVANESAN – NEGERI SEMBILAN.
SHARIL ISHAK , SHAFIQ GHANI, SAFUAN BAHARUDDIN - LIONS XII FC.
AMRI YAHYA, S.KUNALAN-SELANGOR
KHAIRUL ASYRAF SHAIZAH-KEDAH
KHAIRUL ISMAIL, IZUAN JARUDIN –JOHOR
KARLO PRIMORAC-SIME DARBY FC
MOHD SAFEE SALI- JOHOR JDT
ROMAN CHMELO-PKNS FC